Teman Yang Dikasihi

Tuesday, September 29, 2009

Menyayangimu kerana Allah


Duhai sahabat..
Andai perkenalan kita ini diredhai Allah
Engkau genggamlah ukhuwah ini
Dengan keikhlasan yang kudus
Dengan rasa cinta kepada Illahi

Duhai sahabat...
Tatkala air mata turun laju membasahi pipiku
Kau seka air mataku
Kau hadir di sisiku meminjamkan bahu
Untukku lepas segala tangis yang terpendam di hati
Lalu kau tatap wajahku
Dan kau hadiahkan ukiran senyum terindah buatku

Duhai sahabat...
Di saat aku terleka akan cinta terhadap duniawi
Kau berulang-kali menegurku dengan selembut-lembut perkataan
Kau datang kepadaku membisikkan kalimat Illahi...
"Cinta dunia tidak ke mana, kejarlah cinta Allah,
InsyaAllah kita ke Al-Jannah!"
Dan aku tersedar dari buaiku...

Duhai sahabat...
Sesalku tidak terungkap
Sewaktu dulu aku mencarik sukmamu
Sewaktu dulu aku mengguris perasaanmu
Kau tidak mengungkitnya kembali...
Sesungguhnya hatiku terkesan dengan kata-katamu
"Aku sayangi engkau demi Allah,
Aku sayangi engkau kerana Allah,
Dan aku tidakkan mahu memutuskan ukhwah ini,
kerana Allah..."

Duhai sahabat...
Masih ku ingati peristiwa itu
Tika ada perselisihan faham antara kita
Akibat aniaya orang ketiga
Kau duduk di hadapanku dengan linangan air mata teresak-esak
Kau tebalkan muka memohon maaf kepadaku walau itu bukan salahmu
Dan aku cuba menyembunyikan
Cucuran manik-manik jernih yang tidak dapat ditahan lagi
"Allah sedang menguji kita, sejauh mana kuatnya kita mempertahankan,
Ikatan persahabatan yang kita jalinkan ini.."
Dan aku terangguk-angguk sedangkan hati ini masih celaru
Kau genggam tanganku
Dan aku yakin, kaulah sahabatku yang satu...

Duhai sahabat...
Tika itu aku merasa sebak
Beruntungnya aku mempunyai sahabat sepertimu...
Sedangkan aku tidak pernah berterima kasih


Duhai sahabat...
Aku berharap agar aku mampu
Menjadi seorang sahabat sama sepertimu
Sahabat yang menyayangi sahabatnya,
Sahabat yang mengasihi sahabatnya,
Hanya kerana ketulusan cinta kepada Allah
Lalu aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi
Moga Allah utuhkan ukhuwah kita
Yang terjalin selama ini...
Berterusan hinggalah ke Al-Jannah...InsyaAllah!

Dengan setitis air mata
Aku mahu mengkhabarkan kepadamu sesuatu,
Sesuatu yang tidak pernah ku ungkapkan pada zahirnya...
Daku sangat menyayangimu duhai sahabatku...


ku titipkan kata-kata ini khas buat teman seperjuangan : aya sofea, zue, ainekin, ainose, syu, syiera mujib

KASIH BELUM TERMILIKI


"Rasa derita, hampa dan kecewa itu harus kau rasai, lantaran keyakinanmu yang salah! Kerana kamu meletakkan cinta pada tangan yang salah!" jawab Shahrul.

"Cinta pada tangan yang salah?!! Salahkah aku mendamba seorang isteri yang solehah? Salahkah aku mendamba kehidupan berkeluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah? Salahkah aku mengimpikan isteri yang mendorongku menuju cinta Allah?!" Nada Syafiq sedikit tinggi. Seakan-akan dia mahu mempertahankan kebenaran impiannya dalam meraih cinta berbuah taqwa.

"Akhi..itu maksudku. Kamu menjanjikan bintang-bintang,sedangkan kamu masih belum menggapai bulan. Kamu meletakkan jodoh dan impianmu pada tangan si dia. Syafiq..kamu tahu kan, jodoh dan keberhasilan impianmu itu sebenarnya di tangan Allah?" ujar Shahrul,lembut.

Syafiq terasa dirinya bagaikan disambar kilat. Syafiq kelu. Suasana khali seketika. Perlahan, air mata mula merembes keluar.

"Cinta itu kamu letak pada tangan yang salah, lantas jatuh..pecah berkecai. Wajar untuk kau bersedih kerana cintamu pecah berkeping-keping. Namun kau harus cepat sedar akan hikmahnya,ya Akhi. Allah menyayangimu."

Syafiq mengalirkan air mata tanpa sedar. Dia menangis. Dia tersedar dari kelalaiannya. Kelalaian dalam merencana tunjang cintanya. Cinta Ilahi yang hakiki.

"Alhamdulillah,Allah menyayangiku.." kata Syafiq dengan sayu.

"Kamu berada di jalan-Nya, ya Akhi. Ujian untukmu dalam lebih mengenali-Nya." Shahrul memegang bahu Syafiq. Digosoknya perlahan.

"Syukran ya Akhi. Sahabat dunia akhirat ku." Syafiq mengesat air matanya. Direnung sahabatnya Shahrul. Syafiq senyum.

"Sudah..jom kita keluar makan. Kamu belanja..hihi" tawa Shahrul,tawa yang menyenangkan.

*******************************************************************

khas buat sahabat2 perjuangan, yakin dan percayalah, jdoh itu sudah ditetapkan Yang Maha Kuasa. Matlamat dan impian kita harus bertunjangkan rasa taqwa kepada Allah.

Matlamat tak menghalalkan cara.

bukankan di setiap rongga rasa
tersembunyi intaian syaitan
untuk merOsak kesucian niat?


Taqwa akan Allah itulah kebahagiaan..

Sunday, September 13, 2009

Indahnya Pergaulan Dalam Islam...,





Saban hari kita bertemu dgn org ramai.., kita brcakap dgn mereka, dan kadangkala kita juga berkomunikasi dgn org lain melalui tulisan dan peralatan elktronik,

setiap tutur kata yg keluar drpd seseorang menunjukkan apa yg ada dlm fikirannya, sekaligus menunjukkan perangainya.Dalam islam, kita digalakkan utk bercakap hanya perkara yg perlu dan penting shj dan menghindari cakap-cakap yg tidak berfaedah.

sabda Rasulullah.., "Daripada kebaikan iman seseorang ialah meninggalkan apa yg tidak bermakan baginya" ( Riwayat Tarmizi)

Disebabkan itu, orang yg meninggalkan cakap-caka yg sia-sia merupakan tanda kejayaan hidunya sebagai seorang mukmin. Ini selaras dgn firman Allah, " sesungguhnya telah berjaya org yg beriman iaitu org yg khusyuk dlm solatnya, org yg menjauhkan diri drpd perbicaraan yg sia-sia" (surah al-Mukmin:1;3)

Abdullah ibu Abbas yg diriwayatkan Ibnu Abi Dunya, ada menyatakan, ada lima perkara yg lbh baik bagi mereka drpd kuda liar yg d biarkn diam.

1) janganlah engkau berbicara ttg sesuatu yg tiada kene-mengena dirimu krn hal itu merupakan perbicaraan yg tidak perlu dan aku tidak menjamin engkau akan selamat drpd dosa

2) janganlah engkau berbicara ttg sesuatu sebelum engkau mengetahui saatnya yg tepat sebab mgkn org berbicara ttg sesuatu yg penting baginya tetapi krn d lakukan tidak tepat pada waktunya blh menimbulkan hal-hal yg memalukan

3)janganlah engkau berdebat dgn org yg sabar atau yg bijaksana dan juga dgn org yg berperangai buruk, sebab org yg sabar tidak akan menghiraukan dirimu manakala org yg berperangai buruk akan menyakiti hatimu

4) ceritakanlah kpd saudaramu yg tidak hadir ttg apa yg engkau ingin dia ceritakan kepadamu dan maafkanlah dia seperti engkau sendiri ingin dimaafkan olehnya

5) buatlah seperti orang yg benar-benar sedar bahawa perbuatan itu akan mendatangkan kebajikan dan tidak akan mendatangkan dosa atau kesalahan.



oleh itu kita harus menguasai lidah krn seseorang itu blh terjerumus ke lembah yg hina disebabkan lidahnya yg tidak terkawal. Orang yg berbicara tanpa kawalan akan kehilangan arah. Atas keprihatinan ini, Islam menggariskn tatacara dan adab berbicara agar umatnya sentiasa berada dalam lingkungan keredaan Allah.


1) pertuturan

tutur kata yg kita keluarkan dpt mengukur sejauh mana kemahiran, pengetahuan, buah fikiran, sopan santun, budi pekerti, pemarah, kasar, sombong, atau kerendahan hati.
Dalam kehidupan kita seharian , wadah pergaulan yg digunakan dpt dibahagikan kpd beberapa keadaan . Umpamanya melalui perbualan , penulisan atau perdebatan.
Sebagai manusia, kita berhak utk menyuarakan pendapat sama ada melalui percakapan , penulisan, ataupun perdebatan. Tetapi haruslah tidak menimbulkan kemarahan, kebencian, saling menyalahkan, menghina, memaki hamun, atau mengeluarkn kata-kata hina hingga menyinggung perasaan org lain.
Oleh itu, bagi mengelakkan perselisihan dan suasana yg tidak menyenagkan, berwaspada dan berhati-hati sebelum berkata. Bayak ayat al-Quran dan hadis Rasulullah yg menyatakn hal ini, anataranya firman Allah, "Wahai orang yg beriman, janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki (kerana)harus puak yg dicemuhkan itu lebih baik drpd mereka: dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak kaum perempuan yg lain (kerana) harus puak yg dicemuhkan itu lebih baik dari mereka: dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengah yg lain: dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yg lain dgn gelaran yg buruk. (Larangan-larangan yg tersebut menyebabkan org yg melakukannya menjad fasik) maka amatlah buruknya sebutan nama fasik(kpd seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah) sesiapa yg tidak bertauat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah org yg zallim". (surah al-Hujrat:11)


2)penulisan

mencela dan menghina bukan hanya dgn kata-kata tetapi boleh jadi juga dgn tulisan. Antaranya penulisan melulu melalui blog atau media cetak, sudah jadi perkara yg amat lazim kebelakangan ini.
Antaranya tujuan pihak tertentu utk menuduh dan menjatuhkan air muka org lain yg tidak sehaluan pendapat dengannya, di samping mugkin juga mahu mencari populariti. Islam tidak melarang umatnya memberi pendangan atau kritika yg membina.