Teman Yang Dikasihi

Friday, January 8, 2010

Merenunglah Dan Bersyukurlah

Bismillahirrahmanirrahim..


Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah diberikan Allah kepada anda.






Sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya. (Ibrahim:34)





Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini, beserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya;anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.





Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian, baik zahir mahupun yang batin. (Luqman:20)












Anda telah diberi sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.





Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?(Ar-Rahman:13)





Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa, padahal masih banyak manusia lain yang tiada mempunyai kaki? Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya? Apakah anda merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang menanggungnya?



Pernahkan anda merasa nista ketika anda dapat menjamu makanan yang lazat dan minuman yang sejuk, sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum hanyak kerana penyakit yang mereka deritai? Renungkanlah! Betapa besarnya fungsi pendengaran, di mana Allah menjauhkan anda dari ketulian;penglihatan anda akan terhindar dari kebutaan; dan ingatlah kulit anda yang cantik yang terhindar dari penyakit gatal dan kudis.














Perhatikanlah juga fungsi Otak Anda! Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud? Inginkah anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit? Apakah anda mahu membeli istana-istanah yang menjulang tinggi dengan lidah anda, namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dengan butiran-butiran permata dan berian, tetapi tangan anda kudung?



Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memiliki roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak, dan kesihatan anda yang stabil.



Anda seringkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahal anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setompok kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah!





Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah.Apakah kalian tidak memperhatikannya? (Adz-Dzariyat:21)





Lihatlah diri anda, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat, dan dunia sekeliling anda.















Dan janganlah termasuk didalam golongan: Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya.(An-Nahl:83)


Diadaptasi daripada buku ' la tahzan'

Kerana Engkau Insan Terpilih

Bismillahirrahmanirrahim..

Aduhai hati yang selalu gundah gulana.. Mengapa perlu difikirkan kehidupan duniawimu. Sedangkan dunia itu sering menipumu. Bukankah kehidupan ini penuh dengan majazi? Tipu daya di sana sini? Maka, hendaklah engkau susun langkahmu penuh hati-hati, Ingatlah, syaitan itu sentiasa tidak mahu mengaku kalah dan tidak pernah putus asa. Setiap saat masanya adalah berharga. Tidak dibiar kosong tanpa menyesatkan adam dan hawa. Lantas, bagaimana engkau masih lagi memikirkan hal duniamu?






Perbanyakkanlah berfikir, renung penuh bererti.. Bagaimana bakal kehidupanmu sewaktu mengadap Tuhan Rabbul ’Izzati..? Selamatkah dirimu di hari yang tiada pelindung melainkanNya? Akan beratkah amal yang akan engkau bawa?






Justeru, renungkanlah duhai diri yang lemah. Agar kehidupanmu di dunia sentiasa waspada..






Semoga, akan hadir dalam hatimu jiwa yang sensitif dengan dosa. Merasakan dosa itu besar sekalipun pada kesilapan sekecil zarah. Ketahuilah.. itulah antara ciri-ciri mereka yang aqrab dengan tuhanNya. Yang punya Ihsan dalam hatinya. Merasa kehadiran Allah dalam setiap sentuhan masa yang ada.. sekalipun mata tidak melihat, tetapi hati menyakini Allah Maha Mlihat.






Untuk apa perlu dirisaukan, aduhai hati yang rawan.. sebuah kehilangan itu hanya secebis dugaan.. dari Tuhan sekalian alam.. Hilang bukan bererti tamatnya sebuah kehidupan, tetapi dengan kehilangan itulah darjatmu ditinggikan. Hairan? Mengapa perlu dihairankan, Allah itu Maha berkuasa, zat yang sempurna penuh keagungan. Lupakah duhai hati, Allah telah berjanji dalam kalamNya Izzati..






”Adakah kamu mengaku beriman, sedangkan kamu belum diuji?”






Maka, hadapilah ujian dengan sejuta kesabaran. Percayalah, yakinlah sepenuh hatimu..























Hanyasanya Allah bersama-sama mereka yang sabar.






Aduhai hati yang penuh kesedihan.. Mengapa perlu ditangisi sebuah perpisahan? Bukankah semua kita akan pergi.. pulang kepangkuan Tuhan. Dialah yang menjadikan.. Dan padaNya jua segalanya akan dikembalikan. Lupakah engkau, hidup di dunia ini sekadar persinggahan. Yang kekal hanyalah amalan sebagai teman. Itulah teman dalam perjalanan menuju sebuah keabadian..






Maka, janganlah engkau lalaikan hatimu dengan kehidupan yang sementara ini. Janganlah engkau tangisi lagi sebuah perpisahan sementara.. akan tetapi, hadapkanlah wajahmu sentiasa kepada Allah.. Penuhkanlah jiwa dan hatimu dengan dzikrullah memuji kebesaranNya. Juga sibukkanlah hari-harimu dengan amalan makruf nahi mungkar, mengikut sunnah kekasihNya.






Yakinlah, barangsiapa yang dihatinya ada Allah, dan mengutamakan Allah atas segala apa yang dilakukannya, Allah akan seiringkan pekerjaannya dengan pertolonganNya. Bekerja keraslah engkau untuk hari esokmu yang abadi. Berbekallah dengan amalan yang menguntungkanmu di sana nanti. Ingatlah, sebaik-baik bekalan adalah taqwa.






Duhai diri yang lemah.. Kembalikanlah hatimu kepada Rab.. Kerana Dia lah pemilik segala yang engkau miliki.. Segalanya hanya pinjaman untuk menguji. Kentalkanlah semangat juangmu. Jadilah seperti syaidatina Aisyah, puterinya Syaidina Abu Bakar..






Walau fitnah mencalar maruah, Dia tetap Aisyah! Walau rumahtangganya di landa badai anggkara si munafiq durjana, tetap teguh pendiriannya, menggunung tawakalnya. Pada Allah dia berdoa, mengharap furqan agar tenggelam segala nista. Insafilah duhai diri yang lemah, Allah sengaja menguji sekeping hati yang kecil.. sebagai tukaran untuk mendapatkan habuan yang lebih besar kelak.






Maka bersyukurlah.. bersyukurlah.. bersyukurlah kerana engkau insan terpilih.























Jangan Terlalu, Sayang...

Bismillahirrahmanirrahim..


Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya




lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan,


maka dia akan berkata:

"Tuhanku telah memuliakanku"














Adapun bila Tuhannya mengujinya


lalu membatasi rezekinya maka dia berkata:

"Tuhanku menghinakanku"




[Al Fajr 89:15-16]







Jangan begitu sayang



Allah Tahu Apa Yang Terbaik Untukmu.








Diwajibkan atas kamu berperang,


padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.






Boleh jadi kamu membenci sesuatu,


padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,


padahal ia amat buruk bagimu;


Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui



[Al Baqarah 2:216]





...





Akan ada yang datang



Dan akan ada yang berlalu pergi





Manusia itu akan datang dan pergi



Harta benda itu akan datang dan pergi



Kesedihan itu akan datang dan pergi



Masalah itu akan datang dan pergi





...



...



...





Tapi ...







Ada juga yang datang



Dan takkan pernah sesekali berlalu pergi





Siapa?





...



...



...





Allah, sayang.



Allah.







Allah akan tetap di situ



Sekalipun kamu melupakannya.



Allah takkan pernah meninggalkanmu dan takkan pernah berpaling darimu



Allah akan terus memerhatikan.





Ya!

Allah akan terus memerhatikan.



Setiap gerak gerimu,



Setiap ucap kata dari bibirmu,



Pekerjaan yang kamu utamakan melebihi diriNya,



Dan bagaimana kau sandarkan cintamu pada manusia yang belum halal buatmu







Allah ada untuk setiap masa



Bila sahaja yang kamu mahu



Kembali padaNya ya sayang



Allah sedang menantimu










Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku,


maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat.


Aku mengabulkan permohonan


orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku,


maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku)


dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku,


agar mereka selalu berada dalam kebenaran.



[Al Baqarah: 186]







jangan biar sampai Allah murka pada kita





Monday, January 4, 2010

Kapal Halimunan Ciptaan Iran



 
Iran telah membina sendiri beberapa kapal selam kecil yang ‘halimunan’ iaitu tidak dapat dikesan oleh radar dan sonar. Kapal selam ini diberi nama Ghadir.

Kapal selam ini dapat mengesan kapal dan kapal selam musuh serta memusnahkannya dengan peluru berpandu atau torpedo. Ianya dilengkapi dengan peralatan dan teknologi yang canggih dan terkini.

Spesifikasi : Berat 120 tan , Panjang 29 m , Kelajuan permukaan air 11 knot, Kelajuan dasar laut 8 knot , Senjata Torpedo 2533 mm peluru berpandu dan pelancaran periuk api , Enjin Disel Elektrik

Iran juga sedang membina Hovercraft yang bertempat duduk 6 dinamakan Younes-6 dan akan digunakan untuk penyelamatan dan penyerbuan











Khasiat Buah Pisang


 Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.


Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”



PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Friday, January 1, 2010

Kenangan Yang Tak Akan ku Lupakan

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t....,

26/12/2009...., hari yg rasanya sgt menyeronokkan walaupun memenatkan seluruh anggota badan yg berfungsi.., mana taknyer.., dari pagi sampailah ke malam.., dua kaki ni berfungsi dgn terlalu aktif.., hahahah...,

urm.., kisahnyer mcmni la.., de seorang kawan ni.., nama?? urm.., saif (nama samaran) huhu.., msg masa malam.., bagitaw yg dia nk g pameran kerjaya.., lupa plk namanyer.., hahaha.., dkt pwtc..,  ok lah..,

dan sy pn.., sj la offer diri nk join.., yela.., kt uma cuti2 ni bosan teramat.., xtw nk wtpe.., jd.., mungkin dgn join aktiviti mcmni dptla krgkn tahap kebosanan yg melanda.., huhuu.,

so.., nk pendekkan cerita.., kebetulan plk.., teman saif ni x dpt join sbb ade hal katenyer.., jadi pagi tu sy dpt msg lagi dari saif..., dia tanya.., " nur.. jadi x nak join g pameran tu?"... huhu ( lbh kurang la)  dan sy pn nga baring2 kt sofa sambil baca novel trz la replay.., " x dpt g kot, xde teman.., ain ade hal".. huhuh... (padahal x gtaw kt ain lagi)

dah lama ckt tu.., rasa bersalah plk.., xkn nk biarkan saif g sorang2.., even dy lelaki.., cian plk.., mst bosan kua sornag2.., huh..., akhirnya sy wat kptusan kol ain, kebetulan ain free dan nk join..,kelam kabut la nk bersiap (maklumlah., ppuan bersiap lambat ckt).. jadi sy kol blk saif.., suruh dia grk dlu dn jumpa kt sana terus (pwtc)..,

ok.., lpas tu.., grk nk tunggu bas g klang.., sy tunggu dari jenjarom.., da janji ngn ain.., nak naik bas yg dia naek jgk.., biar senang.., kiranya sy dan ain jumpa dlm bas.., tapi malangnya.., bas yg sy naik tu.., ain xde!!!! dia x naik bas tu.., so.., pendek cerita.., kami tak berjumpa la.., dan lagi sadisnyer..., bila da sampai klang.., sy pn turun.., ble tgk de makcik turun.., sy x taw.., sbb x pernah g klang sorang2.., sebenarnya sy da salah turun tempat..,  hahahahaah...,  tapi x taw pun masa tu dah salah.., ngn muka selamber.., sy g singgah restaurant nk makan.., maklumlah.., keluar pagi.., perut perlu di isi utk tenaga.., hahaha...

dah lama tu.. ain sampai klang.. sy ckp ngn dy sy nga makn, kononnya ajk dia join.., hahaha.., puaslah ain pusing satu klang tu cari tempat makn yg sy g.., sy bg arahan dgn pnuh yakin.., tapi yg peliknya ain tak jumpa..., pelik bin ajaib sy jadinya.., lpas abz makn sy plk g cari ain.., tp masih x jumpa.., rupanyer sy mmg dah de kt tempat yg salah.., hahahahaha.. masa terbuang ngn sia2 hanya 'bersiar-siar' kat klang jer.., hahaha

at least.., jumpa jgk.., dgn bantuan abg teksi.., hahaha.., mcm mne ntah ain blh berbaik ngn abg teks tu~ huhuu..,  lepas tu.., gerak g ktm.., nasib baik ain arif dan taw nak guna mesin tiket tu.., hahaha.., dia la yg tolong watkan.., maklumla.., sy ni x pernah jln2 jauh sorang2.., hahaha.., byk x taw.., huhuu..

ok.., dlm lrt xde masalah lagi rasenyer.., then pndekkan cerita lagi.., akhirnya jumpa jgk ngn saif kt pwtc.., mula2 dgr ceramah dari Dato' Syeikh Mudzafar..., lpz 2 jln2 kt tempat pameran.., macam2 pamplet yg kitorang dpt..., tp akhirnye.., kt tong sampah tempatnyer.... hahahaha...,

lpas tu.., nak gerak g mid valley.., sy igt mid sebelah je ngn pwtc.., hahaha., ruypenye kena naik tren lain.., ha!! kat sini la kami sesat! hahahaha...., pakar pandu arah kami tersilap la~ hahaha.., jadi terpaksa berhenti kat stesen lain dan tunggu tren lain.., hahahah.... kenangan~ urm.....

ok la.., akhinya sampai jgk kt mid.., hahaha.., watpe ek kt sana??? ha.. byk jalan cuci mata.., window shopping.., hahaha.., kami.., grak g solat dulu.., maklumla, ppuan ni lmbat ckt berciap.. jadi teruna yg ade terpaksa sabarkan diri tnggu kami berdua... hahahaha..cian dia.., lepas siap solat baru grk nk g makan...., masa nak cari food court pun kami sesat lagi.., hahah.., banyak kali jgk la kami ni sesat.. hahaha.. dan bila da jumpa arah yg btl nk g tmpt mkn, kebetulan....terjumpa ngn kedai yg jual alat dan mesin mengurut.. pe ag..., kaki yg sakit ni nk jgk di terapi.. hahaha.., kami pn singgahla kedai tu.., kami try mesin mengurut kaki.., muka selamba  macam org ade duit nk beli.., hahahah... dlm 1/2 jam kot.., baru lah kami kua dari kedai tu.., nasib bek ain de beli..., pe nth kt kdai tu.., kalau x wat malu je.. hahaha...


g makan.., sy beli nasi goreng ayam +sotong goreng berkunyit.., not bad!! hahaha.., air laici... saif yg belanja.., hahahah.., makan la sambil berborak~ lpas tu g solat asar.., mcm biasa.., lambat~ hahaha..., lpas solat batu gerak g kedai buku.., mph.., ha.., ni yg sy nanti2 sebenarnya..,nk beli novel.., sy nk cari novel seindah mawar berduri.., tapi sayangya.., dah habis.., ishkishk... hampa... tapi xpe., sy dapat jgk beli 2buah novel.., munajat cinta dgn cinta kau dan aku.., terbitan dari buku prima dan pts.., alhmdlh.., sehari stengah jer diperlukan utk habiskan baca  2buah novel tu.., x rugi lansung.., sebab mmg best teramat!!!!! hahahaha..,

ok..,ade kt kedai buku tu sampai la da masuk maghrib.., kami grk lagi ke surau.., solat~ hahaha.., di sebabkan kelewatan bersiap dan faktor surau yg sesak dgn org ramai.., sy dpt ciap dan keluar surau dlm pkul 8:30pm.., lmbat.., (da msuk isya' pn..) sbb tu saif solat isya' sekali.., hahahahah.., lepas keluar je surau.., kami terkejar2 nak g kt ktm.., sbb stesen tutup pkul 9:30pm.., jadi takut x sempat dan takut x dpt balik plk.., nasib baik sempat..(alhmdlh) lega~

ok.., selesai satu masalh.., tapi masalah lain plk yg timbulnyer!!! hahahaha.., bila jer da sampai kt klang.., pakcik yg de kat situ ckp bas dah xde utk pergi ke banting.., aduh!!! sedih!! bila di tanya berapa tambang naik teksi dari klang ke banting.., x terkata kami.., bayangkanlah.. naik bas baru rm3.., tapi naik teksi.., rm50!! x patut!! masing2 pn sbuk telefon koge.., mintak simpati amik kat klang..,yela tkut jgk kalau terpaksa tidur kat klang.., huhuu..,

tapi ayah sy ckp bas masih ade lagi.., jadi kami pun berusaha jalan kaki nk g tempat bas.., penat+letih+mengantuk tak terkata la~ ha.., kat sini part menarik! hahaha.., kenapa?? urm.., on the way nk gerak g tempat bas.., tibe2 saif suruh sy dan ain berhenti.., igtkn de prob pe., dia kuakn sebuah kotak dan bagi kat saya.., hahaha.., dia ckp hadiah hari jadi sy yg lps.., sebersalah plk.., huhu.., sedih pn de jgk masa tu.., urm.., x dapat tahan.., akhinya kua jgk aer mata.., haha...., lbh pada terharu~ urm.., ok kami pn teruskan jalan kaki.., malam+gerimis.., huhuu..., mungkin rezeki kami., masa tgh gerak nk g tempat bas.., kami terserempak dgn bas banting-klang..., yg tgh berhenti kt traffic light..., jd pe lagi.., kami tahan la.., dan trus naik.., alhmdlh..., rasa pnt terus hlg bila dpt naik bas.., hahaha..., mata mengntuk.., tapi yg peliknya x dapat lelapkan mata.., dari kt tren lagi.., urm..,

genap pukul 12 lbh ckt x silap.., samapi rumah.., ain tidur rumah sy sbb hari dah terlalu lewat.., bahaya plk nk biarkan dia balik sendiri.., (kena paksa sebenarnya dia) huhu...,dan.., hari esoknya barulah rasa penat+letih teramat.., hahahaha.. tapi x kan sy lupakan kenangan ni.., biar tetap kukuh dalam ingatan!!!