Teman Yang Dikasihi

Friday, April 29, 2011

Pemberi lebih gembira drpd penerima

Bismillahirrahmanirrahim..

Dah lama rasenye x update AM, sampai da bersawang.....
rindunya.... kekangan masa bukan menghalang perkongsian bicara... cuma membantutkan kalam utk di atur...

Alhamdulillah..... kali ni, nak berkongsi dgn sesuatu yg selalu kite buat... tp x rasa keutamaannya... fitrah insan, suka dapat hadaih yg cantik2.. besar2... spt rasa di hargai sgt2.. terutama kalau dpt hadiah dr tersayang (mak, ayah, adk beradik, kwn2)


tapi.... dalam kaca mata islam, org yg tgn di ats lbh mulia dr tgn di bawah... maksudnya?? si pemberi lbh di muliakan dr si penerima... ayuh kita dalami kisah ini...!!!

MANA LEBIH GEMBIRA, MEMBERI ATAU MENERIMA??

hampir seluruh org akan mengaku, bahawa menerima hadiah lebih menggembirakan.

bagaimana dgn situasi ini??

katalah, andai kita ibu bapa yg punya anak kecil. kita telah meninggalkan anak dalam masa 2 hari, lusa akan kembali. tetapi sblm balik, kita dah bertekad utk membeli anak patung buat si anak kecil. setelah puas mencari, akhirnya anak patung yg cantik di temui. kita membeli dan terus membawa pulang. bayangkan anak kita menunggu di depan pintu.. baiklah, sekarang, siapa agaknya lebih gembira?? anak kecil yg menerima anak patung atau kita, ibu bapa yg memberi hadiah?? (^;^)

jawapannya??  pasti ibu bapa lbh gembira kan?? kerana apa?

kerana si ibu bapa memberi dgn rasa ksh sayang. jadi pengajarannya, utk rasa gembira pabila memberi... memberilah dgn rasa ksh syg.

ada yg mengatakan bahawa memberi itu boleh MENGURANGKAN. ada lagi yg mengatakan, ORG YG MENERIMA TAK PANDAI BERTERIMA KSH. ada jgk yg katakan bahawa TAK ADA APA YG NAK DIBERI.

rakan2... memberi itu tidak mengurangkan, tetapi para hukama' mengatakan, harta yg menjadi milik kita yg hakiki ialah harta yg diberi ke jalan Allah... kita hanyalah tukang simpan hartaNya. yg akn diwarisi pd org lain pabila maut menjemput kelak.

" kalau xde ppe, apa nk diberi?"

definis rezeki itu tersangat luas, jika kita hadkan pengertian rezeki hanya pada harta, bila xde harta maka tidak adalah benda yg nk diberi. memberi bukan hanya pd harta, ttp dg tenaga, pertolongan, senyuman, doa, ilmu, sangka baik dan kemaafan. ha... siapa kata kita tidak boleh memberi??

"kita dapat semua yg kita miliki, adakah dgn kudrat kita sendiri atau kudrat yg dipinjamkan Allah?"

mata, tangan, kaki, tenaga, kesihatan, yg kita gunakan utk mencari rezeki hakikatnya dari Allah. sebenarnya tanpa disedari kita adalah saluran Allah utk memberi rezeki kpd hambaNya yg lain. jika kita tidak memberi, seolah2 kita menyekat rezeki Allah yg hendak diberikan pd org lain.

kenapa agaknya kita ( rakan taulan, sedara mara, adk beradik, dn diri sendiri) susah utk rasa gembira dalam memberi??

kerana kita memberi tanpa ksh syg, ksh syg adalah buah iman. iman dan ksh syg lazim berlaziman. sapa yg kukuh imannya, maka teguh jugalah ksh syg. maknanya??? memberi krn Allah minta kita memberi. kita memberi krnNya bkn krn harapkan balasan manusia lain. jika kita memberi krn manusia, kita akan sakit jiwa.

knp???

kajian menunjukkan majoriti manusia tidak pandai berterima kasih. jadi jika mengharapkan terima ksh kita akan kecewa.

adilkah selepas memberi kita dilupakan??? 
(^;^)

baiklah, adilkah setelah sekian lama nikmat yg diberikan Allah, majoriti manusia tidak bersyukur???

memberilah, krn siapa yg tidak memberi, maksudnya tidak memberi pd diri sendiri....

sekian.... moga sedikit usaha dan perkongsian ini, berbekas di sudut kecil hati kita....
waAllahua'lam...