Teman Yang Dikasihi

Saturday, January 14, 2012

PEREMPUAN bagaikan ANGIN


Bismillahirrahmanirrahim...

ayuuhh... mengenali perwatakan kaum hawa. yg fitrahnya adalah punya hati yg sgt lembut dan halus. mudah tersentuh. ada manual utk mengawal. ada metod utk mengubah. (^_____________*) - pesanan utk si suami/bakal/atau yg impikannya...



Perempuan bagaikan angin
Lembutnya melenakan
Ributnya menggusarkan

Adakala mereka seperti ibu
Menyaji kasih menghidang sayang
Adakala mereka seperti anak
Ingin dibelai minta dimanjakan
Adakala mereka seperti nenek
Berleter seadanya, merungut semahunya

Namun, teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini
Bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka

Psst..
Tiba-tiba isteri merajuk
Pandai-pandailah memujuk
Buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya, teliti dengan hati yang terseni atau emosi?
Andainya emosi, belailah emosi itu
Jangan cuba dihadapkan secara rasional kerana si dia tak akan terdaya mengunyah hujah
Berilah walau seribu sebab lengkap dengan perangkaan statistik atau dokumen saintifik berserta beberapa affidavit
Dia tetap melulu kerana  fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini,
Fikiran telah ditawan perasaan sebaiknya perhaluskan kata,
Perindahkan bahasa dan jinakkan perasaan,
Hadiahkan senyuman.

Masih gagal?
Cuba gunakan sentuhan semarakkan belaian,
Masih gagal juga?
Tunggu saja rajuknya reda
Emosi isteri bagai riak-riak air dalam cawan
Jangan digoncang…buat selamba
Lambat laun, gelombang akan tenang
Air di cawan akan kita minum jua.

Tapi awas…
Kalau ternyata, rajuknya berfakta masamnya berdata,
Geramnya berilmiah marahnya da prima facie,
Ini rajuk taraf tinggi namanya,
Perlu ditangani berhati-hati, kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima
Mengaku lalu berjanji serta berikrar, “ Sayang abang tak ulang lagi”
Katakan, “ Sayang…abang alpa”
Bisikkan, “Darling…I lupa”
Hulurkan tangan, pinta kemaafan pendekatan kasanova, tapi hati suci


Rajuk isteri seperti mangga muda
Perisanya masam tetapi…
Kalau kena cicahnya, enaknya akan terasa,
Ingat, api yang panas, dapat dipadam oleh salji yangdingin.

Arghh…
Tiba-tiba isteri merungut
Malah kadang kala agak mengugut
Minta aksesori serta perabot,
Minta villa tersergam indah atau mahligai di lereng bukit
Sedangkan kita bukan Shah Jehan yang mampu membina Taj Mahal membina buat isterinya
Tetapi, isteri pula persis Nur Jehan yang meminta petanda keagungan cintanya.
Katanya “ Seabadi permata…segemerlapan intan”
Sedangkan di tangan kita cuma cincin tembaga.

Aduh…
Peritnya mengukur cinta dalam ukuran mayam atau menimbang setia menerusi bursa saham papan utama kasih isteri,
Turun naik mengikut kadaran tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri
Diakan dulu pilihan kita?
Semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-puja
Dia kini sudah menjadi ibu kepada anak-anak kita
Sudah takdir…permata yang dipilih perlu digilap semula.


Namun
Putus asa jangan sekali
Terimalah dia dengan redha
Justeru isteri pada hakikatnya adalah bayang –bayang suami
Wanita adalah tulang rusuk lelaki yang bengkok
Luruskan dengan berhati-hati
Bertegas tetapi jangan berkeras
Lembut tetapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
Lalu pada saat yang kudus setelah solat bersama isteri bisikkanlah
“ Duhai isteriku…marilah kita bina perkahwinan ini dengan cinta yang sejati,
cari harta tapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri, istanamu di hati ini
padamu sayang, kalung cintamu di jiwa ini”

Puuh…
Akan tiba masanya ‘isteri’ di hati tapi kurang di mata,
Usia meningkat kecantikan tergugat
Dulu kita lihat mulus kini beransur pupus
Betis, tidak lagi bunting padi
Pipi bukan lagi pauh dilayang
Apakah dengan itu akan berkurang cinta kita?

Jika berkurang, nyatalah cinta kita selama ini cinta di mata bretapak di body
Tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah ertinya
Cinta kita di hati, berpasak di budi, itulah cinta sejati.

Namun tidak salah di samping menyanjung budi kita merampingkan body
Kalau ada kesempatan ajaklah dia bersenam
Amalkan puasa sunat
Tapi ingat niat kerana Allah bukan kerana ingin kuruskan badan.

Tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
Tak salah kalau memohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
Sama-samalah merampingkan badan
Yang terlebih dikurangkan
Jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
Apa guna membandingkan isteri dengan perawan
Bukan masa lagi merenung dara tapi kini saat menghitung dosa
Lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
Moga-moga cinta kita kekal kehujung usia dunia ini
Dan di akhirat nanti, itulah yang dikatakan hidup berdua “selepas” mati pun bersama.

Uhh…
Kekadang isteri mengamuk dengan ombak prasangka dan taufan cemburu

Apa bukti setiamu suami?
Apakah tanda hanya aku di hatimu?
Kekadang disergah kita ketika masih membasah baru menjengah pintu rumah.
Ketika itu nilailah diri,
Mungkin kita berdosa dengan tuhan atau bersalah dengan insan,
Mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan yang kita lakukan.

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan secara “indirect” dari Tuhan,
Hadapkanlah diri ke cermin hati
Kaji diri satu persatu,
Kalau liar, berhentilah
Kalau berdosa, bertaubatlah.

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu,
Nasihatlah baik-baik,
Bukan senang nak senang,
Ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
‘Suami yang bersabar dengan isteri yang jahat akan mendapat pahala Nabi Ayub’.

Atau ingatlah pesan Saidina Umar Al-Khattab ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri:
“Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita,
Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu,
Dia yang menjaga makan minum kita,
Dia yang membantu membersihkan rumah kita…
Lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya?”

Marilah kita sama-sama tabur secubit salji pada segenggam api,
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini walaupun sudah berdekad-dekad lamanya.

Institusi ini adalh kubu terakhir kita,
Marilah kita pertahankan bersama si dia,
Si diaku, si diamu
Cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
Biar setia kita makin waja.

Biarlah skrin-skrin internet atau intranet memaparkan yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita,
Bicara ini diakhiri dengan satu coretan yang mungkin boleh diguriskan pada kad lahir isteri atau kad ulang tahun perkahwinan atau surat biru yang ingin kau utuskan kepadanya…
Atau kaupahatkan saja dalam hatimu pada malam nanti:
“Aku hanya seorang suami yang menerima setulus hati seorang isteri,
janji yang termetrai di akad nikah kita musim yang lalu”.

Salam kuhulur buat menyapa hatimu yang nan luhur,
Bersamalah kita harungi derita yang datang,
Bersatulah kita harungi derita yang datang,
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang.

Denai perkahwinan pasti dihujani denai air mata,
Biar kita rasa; rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya.”

Isteri…
Tidak kutagih setia, sesetia hawa,
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat mendalam.

Terimalah kehadiranku di sudut tersuci di dalam hatimu…seorang isteri.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Bazzar,
Nabi sallalahu alaihi wassalam bersabda:
“Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa,
bahawa taat kepada suami dan mengakui hak-hak suami,
sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran,
tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka.”

nota kaki: suami, jgn diimpi isteri yg seindah Zulaikha andai diri tidak setampan Yusof. Jgn diharap isteri seteguh Siti Khadijah, andai dirimu tidak sehebat Nabi Muhammad. terimalah seaadanya.

pantun MALAS SOLAT

Bismillahirrahmanirrahim....

ku titip bicara indah utk sekelian sahabat yg dikasihi krn Allah.

_________________________________





Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah
hidup senang rezeki datang melimpah,
nak dirikan sembahyang rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Atau nak tunggu Allah tarik nikmatku sampai menangis keluar air mata darah

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Seksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!! 

nota kaki : pantun ini ana kutip di laman blog seorang sahabat. moga ada ibrah dpt dikutip, ada hati dpt disentuh. MOGA HATI TAK MATI dalam menilai.

Ya Habiballah... SUBUH!

Bismillahirrahmanirrahim..


pemula bicara dgn asma' yg Esa. moga Rahmah dan Barakah mengiringi gerak langkahQu ini. Amin ya Rabb...


ya Allah, thabitkan langkahku dlm bermujahadah. sgt sukar jln itu, penuh liku. moga ada kekuatan yg tersisa.


pesanan ini bukan sahaja utk antum semua. tp khusus utk diri ana sendiri. 


___________________________________________________________




 Air mata Subuh berlinang
Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain aku menyambut seorang tetamu tetapku. Assalamualaikum, seru Subuh. Waalaikumussalam, sahutku. Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari suatu tempat ke satu tempat. Tadi, kata Subuh dengan sayu. Aku baru sahaja melintasi satu tempat. Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satu pun tiada yang mahu menerimaku sebagai tetamu. Dan, air mata subuh pun berlinang.

Subuh melirikkan sebuah senyuman
Subuh, usah pedulikan mereka. Bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah teringat sesuatu. Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya di sebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan., menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat dan menggiurkan. Hidangan yang paling ku sukai ialah buah Tahajjud, puas ku cari di bumi lain, tapi jarang ku jumpai. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka. Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku faham maksud Subuh. Maaf Subuh, aku tidak menanam pohon Al-lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada roti Syiyam, cadangku pada Subuh. Subuh menolak dengan hormat. Roti itu, ada tuan punyanya, kata Subuh.

Adakah kau mahu manisan Zikir? Rayuku pada Subuh. Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas air mata tangisan, pinta Subuh. Aku agak sugul. Bagaimana harus ku beritahu pada Subuh yang air mata tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau maksiat yang berpanjangan? Namun, aku tetap menjenguk ke dalam perigi yang memuatkan air mata tersebut. aku terkejut perigi itu hampir separuh penuhnya. Dan aku tedetik dalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi kubawa air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjung, dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

Subuh berjanji akan datang lagi
Subuh, seruku. Mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akanku layan kau dengan sebaiknya, wahai Subuh. Subuh tersenyum menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi. Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu. Dan aku akan akur lagi dengan penjelasan Subuh. Subuh, seruku lagi apabila melihat Subuh bersiap untuk pergi. Sudikah kau menziarahi lagi esok hari? Insya-Allah, jawab Subuh. Bukankah aku kekasih yang kau rindui? Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap. Assalamualaikum, seru Subuh. Waalaikumussalam, jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan, akhirnya Subuh hilang daripada pandangan.

Nota kaki : apakah agaknya keluh kesah dari Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak? Jawapannya    tersirat dalam diri…


Friday, January 13, 2012

Pujianmu Ku Hargai

Bismillahirrahmanirrahim...

Allah... syukur pd kurnian nikmatMu, tidak terhitung banyaknya. Alhamdulillah...



sudah kerap mendengar, kata- kata ini dtg, sama ada hadir dari bicara terus seorang classmate lelaki. "senyumlah sikit..masam je"

atau dari akhwat yg menyampaikan pertanyaan dari seorang ikhwah kursus Tahfiz Wa Qiraat. "ukhti tu garang ke, nampak tegas je.."

atau pun dari suara yg berbisik di sekeliling... pastinya dari LELAKI. " dia tu x bermasyarakat lansung..." , "sombong betul la.."

terima kasih. ana rasa, kata2 itu semua adalah sebuah pujian.

_______________________________________________________________________


kerap mendengar suara berbisik2... "sombong betul dia tu" , "kuat menjeling!!" , "susah sangat nak senyum kat lelaki" , "tak bermasyarakat!".... "garangnya!"..

banyak lagi. terpulang pd antum untuk menilai diri ini. ana tak kisah. tak terkesan pun. sudah lali telinga mendengar.

senyuman ini sgt2 mahal utk antum semua - lelaki. 

dan cuma nak perbetulkan sedikit persepsi yg sedikit melencong~

ana mudah di bawa berbincang. boleh bekerjasama dgn antum dlm sebarang TUGAS, tak ada masalah.

BUKTINYA?

banyak program dah ana laksanakan, pastinya perlukan kudrat dari yg bernama LELAKI.

ana bukanlah anti-lelaki. tidak. cuma, batasan itu harus perlu dan ada.

MAAF. ini lah pendirian ana. x terima? TERPULANG.

yg ana utamakan.. nilaian RABBI, bukan nilain antum semua. moga Allah redha.

MAHALKAN DIRIMU WAHAI WANITA MUSLIMAH, itulah LABEL sebenar kita. setiap orang diberi masa untuk membawa satu PERUBAHAN~

jalan TAUBAT itu terbuka, kesalahan dan dosa silam adalah sempadan JAHILIYAH ke daerah yg lebih INDAH, ingatan untuk diri ini juga. -AM-

jangan menjadi PENGHUKUM

Bismillahirrahmanirrahim.....


pandangan orang - marah, benci, kurang senang. MUNGKIN.


kita tidak boleh mengharap semua orang akan selesa dgn kita... walhal..dlm hati, Allah yg Mengetahuinya.


sedikit dari sedikit perkongsian hidup. moga ada titipan ibrah yg dihirup.


__________________________________________________






dia berbisik perlahan, tapi cukup jelas utk ku tangkap tiap butir bicaranya... "pakai tudung labuh, konon baiklah.."..., "bajet bagus" , "x payah berlagak baiklah.."

ye, macam2 kritikan yg diberi. umpama rancagan TV pula. ada HAKIM dan JURI.

hakim yg bebas mengkritik, pastinya PENGHUKUM BERAT.

ana tidaklah baik, tapi berusaha menjadi yg TERBAIK.

ana juga semestinya tidak sempurna. tak ada yg sempurna. tp ana punya sedikit kudrat utk menuju ke arah itu.

tudung ini tidak bersalah. hanya kain buruk yg menutupi sebahagian tubuh.

ana juga tidak pernah menganggap, mereka yg tidak bertudung labuh itu tak baik.
ana raikan mereka. kerana mereka masih ikut syariat krn bertudung.

tidak juga ana memandang rendah pada mereka yg tidak lansung bertudung. kerana mana tahu, andai hidayah tiba.. mereka itulah muslimah penggoncang dunia.

tapi sekalian sahabat yg dikasihi krn Allah... ketahuilah, bahawa tudung labuhQu ini adalah perisai diri. menjadi pemelihara iman. malu berbuat dosa, krn tudung ini umpama pemerhati yg jelas. jadikanlah tudung labuh ini asbab bertambahnya iman dan amal tiap hari.

sangat banyak perkara yg dpt dijaga, dgn sehelai kain buruk ini. waAllahua'lam. -AM-

Wednesday, January 11, 2012

Bicara Hati

Bismillahirrahmanirrahim...

Allah... Allah... Maha Kuasa atas segala sesuatu... segala ketentuanNya yg tidak akan bisa blh ditepis.. daku redha... diri ini TERPILIH utk terus rasa itu.



ada HIKMAH... knp Allah tidak terus meletakkan rasa CINTA, KASIH dan SAYANG itu pada si dia. Tidak untuk KESEMUANYA, krn Dia tahu bahawa si dia itu bukanlah cintaQu yg selayaknya. bknlah pendampingQu yg sebenarnya. krn cinta sejatiQu adalah utk bakal zaujiQu yg ghaib entah dimana. Allah itu Maha Mengetahui dan Pengatur yg Maha Hebat.

Segala rencanaNya sgt tidak terduga.

kini daku REDHA... perancagan seteliti mana, penantian selama mana... andai DIA bukan JODOH kita, tidak akan menjadi.

biarlah masa menjadi penentu. ALLAH TEMUKAN KITA DENGAN INSAN YG SALAH, SEBELUM MENEMUKAN KITA DGN INSAN YG TEPAT. UTK KITA TERUS RASA DIRI INI ADALAH HAMBANYA. perancang yg tidak bisa menjadi penentu. itu PASTI!

jika perpisahan, lebih Kau redhai. ku pasrah. yg ku harap adalah redhaMu semata. apalah gunannya hidup atas segala nikmat pinjaman andai TIADANYA redha dari Al-Kholik.

kuatlah hati dalam jalan mujahadah ini. bisik hati " Masa muda ini, Allah nk diri ini aktif di jalan dakwahNya, pasti Dia akan berikan 'sesuatu' yg lbh baik akan datang" biiznillah....