Teman Yang Dikasihi

Sunday, October 2, 2011

Tudung LabuhQu ini (~_*)






Bismillahirrahmanirrahhim....

Semoga bacaan ini dapat "put things into perspective" buat kita dalam menilai dan memahami kewajipan menutup aurat sebagaimana yang dituntut agama, insyaAllah.



Corat-Coret Kisah Tudung Labuh…

“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.

Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.

Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.

Yang Tertutup Itu Indah

Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”

Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.

Istimewa Bertudung Labuh

Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.

Dikejar Tebuan Tanah

Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.

Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.

Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.

Terlindung daripada Mata Mat Rempit

Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.

Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.

Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.

Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.

Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.

Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.

“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.

Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.

Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!

Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!

Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut

Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.

Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.

Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?

Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh

Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.

Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.

Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.

Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.

Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat

Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, “Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “Don’t judge people by its cover.” Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.


Sumber: Facebook Ustaz Zahazan: Tudung Labuh - Pengalaman menarik Fatimah Syarha menerusi kolum Remaja Majalah Solusi isu no 21.

Saturday, September 10, 2011

Panduan Para Daie dan Khalifah dalam mentadbir Ummah




PENGENALAN


  • Amanah dan tanggungjawab pimpinan jamaah sangat berat.
  • Hal ini bertitik tolak dari keyakinan bahawa semua persoalan pada hakikatnya berada di tangan Allah S.W.T.
  • Kita tidak akan mampu untuk melaksanakan satu gerakan atau mewujudkan beberapa tujuan tanpa taufiq dan pertolonganNya meskipun betapa hebat kemampuan dan perancangan strategi kita.
  • Perlu diketahui, tidak ada sesuatu yang mudah kecuali apa yang dpermudahkan oleh Allah


  1.  Selalu benar dan jujur padaNya, ikhlas kerana Allah semata
    • syarat untuk dapat pertolonganNya

  1. Peka terhadap pengawasan dan penjagaan Allah secara terus menerus terhadap seluruh waktu dan gerak kerja.  (muraqabatullah )
    • kesannya cepat membuat kebaikan dan memperbaiki amal usaha dan mendorng meningkatkan darjat ihsan.

  1. Memohon pertolongan dan perlindungan Allah dalam seluruh keadaan dan aktivitinya.
    • jika hadapi sebarang kesulitan hanya mengadu pada Allah
    • sentiasa mengawal perasaanya sehingga selalu dalam keyakinan bahawa keberhasilan usaha semata-mata kerana qudrat, kekuasaan dan perencanaan Allah.
    • Selalu menyedari bahawa semua gerak kerja hanya sebagai sebab.
    • Semua urusan berada di tangan Allah
    • Seluruh keberhasilan hanya dengan pertolonganNya

  1. Pemimpin harus memiliki rasa tanggungjawab besar yang dapat mendorong untuk selalu menjaga diri dalam menjaga amanah.

    • Harus menyedari dan berwaspada dan bersungguh – sungguh dalam usaha mengerahkan seluruh kemampuan serta mahu berkorban dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.
    • Mesti bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan dan memanfaatkan hal – hal baru yang berguna.
  1. Pimpinan harus memberikan perhatian yang cukup kepada masalah pendidikan
( tarbiyyah ) dalam menyiapkan kader dan calon pengganti serta pembentukan peribadi  yang dapat memikul tugas dalam jamaah.
    • Sistem tarbiyyah yang baik akan melahirkan individu –individu yang baik dan mampu memikul tanggungjawab yang dapat mengurangkan beban pimpinan dalam suasana saling mencintai dan bekerjasama serta jauh dari persengketaan dan perselisihan.

  1. Terjalin rasa kasih sayang dan ukhuwwah yg tulus di  kalangan anggota dan pimpinan.
    • Sangat membantu untuk melaksanakan tugas dan kewajipan pimpinan disebabkan rasa kasih sayang, ukhuwwah dapat lahirkan suasana saling memahami, syura, kerjasama,tolong menolong dalam mengatasi rintangan.

  1. Pimpinan harus merencanakan program yg tepat yg dapat menentukan tujuan, tahap, cara, saranan, persiapan sesuai dengan kemampuan.
  • Harus pandai membahagikan tugas kepada ahli yg mampu untuk memikulnya sambil memberikan tunjuk ajar, cara melaksanakan dan ketentuan-ketentuan agar tugas dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik.
Para pimpinan di perinngkat cabang dan setiap anggota jamaah harus merasakan bagaimana beratnya amanah dan tanggungjawab pusat dalam menjalankan tugas dan kewajipanya.

    • Hal ini dapat mendorong pimpinan dan anggota di peringkat cabang menyempurnakan kewajipannya dan menjaga stability daerah di bawah jagaanya
    • Merek juga berkewajipan memberikan saranan, cadangan, usul kepada pimpinan pusat yg dapat membantu menyelesaikan tugas dan kewajipan dalam suasana yang mahabbah/ kasih sayang, persaudaraan dan saling membantu.

  1. Hal yg harus diperhatikan ialah soal cita – cita dan tekad perjuangan
    • Pimpinan harus bersungguh menyalakan semangat, mengobarkan cita-cita, mengukuh tekad dan mebangkitkan harapan di kalangan anggota.
    • Pimpinan harus melindungi mereka dari terjangkit rasa pesisme dalam menghadapi mehnah, cubaan dan rintangan.
    • Dalam hal ini perlu diperhatikan  factor –faktor keberhasilan yg telah dinyatakan oleh Hassan Al Banna.

Antara faktor –faktor itu,
a.       dakwah ini adalah kekuatan kita yg merupakan dakwah Allah, dakwah yg paling mulia, penerus kepada kelangsungan perjuangan para Rasul.
b.      Tujuan kita yg murni – ingin keredhaan Allah dan kebaikan manusia
c.       Kebergantungan kita hanya dengan pertolongan Allah

      

HIDUP INI PERJUANGAN




Hidup ini  perjuangan…
Bukan perjuangan untuk mencari nama dan kedudukan
Bukan perjungan untuk mengumpulkan kemewahan
Bukan perjungan untuk memperolehi kemahsyuran
Dan juga bukan perjuangan mengejar kedudukan

Hidup ini  perjuangan…
Hidup ini  perjuangan mengejar alam abadi
Hidup ini  perjuangan mengumpulkan bakti
Hidup ini  perjuangan mencari ilmu yamg diberkati
Dan yang pasti hidup ini perjuangan mencari keredhaan Ilahi

Hidup ini  perjuangan…
Perjuangan yang memperjuangkan satu perjuangan

Hidup ini  perjuangan…
Berjuanglah dengan perjuanganmu
Berjuanglah menuju jalan kebenaran
Berjuanglah dengan sebenar-benar berjuang
Agar perjuanganmu menemui jalan keredhaan Ilahi akhirnya

Hassan Al-Bana>>Mata Pena Ummah


~ HASSAN AL BANNA ~


“ Dari dahulu hingga sekarang, saya selalu mengatakan kepada ikhwan semua di dalam setiap kesempatan, bahawa kalian tidak akan,

        dikalahkan kerana sedikitnya jumlah kalian
        lemahnya perancangan dan
        kurangnya alat - alat pendukung atau
        kerana banyaknya musuh kalian serta
        berkumpulnya musuh – musuh untuk menentang kalian…

Mengapa ...?  Kerana walaupun semua isi bumi ini berhimpun menjadi satu memusuhi kalian, nescaya mereka tidak dapat membahayakan  kalian kecuali apa yang telah ditentukan oleh Allah buat kalian.

Tetapi ada satu sebab yang dapat menghancurkan kalian menyebabkan kalian kehilangan segala – galanya iaitu jika

        hati kalian telah ‘rosak’
        Allah tidak memperbaiki  amal kalian
        suara kalian telah terpecah belah dan
        saling bertentangan pendapat.

Sebaliknya  selama kalian sentiasa bersatu, selalu menghadap Allah S.W.T, sentiasa mengikutinya dan taat kepadaNya, berjalan sesuai dengan manhaj yang diredhaiNya, kalian tidak akan merasa lemah dan hina. 

Dan jadilah kalian umat yang paling tinggi

Allah akan bersama kalian dan tidak akan mensia – siakan amal dan usaha kalian.          


Thursday, August 25, 2011

Jaga Qalb... Benteng Iman

Bismillahirrahmanirrahim...

Sukarnya menjaga hati...

Dalam sehari,
Jika dihitung...
Berapa kali hati berbisikkan su'uzhon??

Sukarnya menjaga hati...

Dalam sejam,
Jika dihitung...
Berapa kali hati terhibur dengan perkara yang melalaikan??

Sukarnya menjaga hati,

Dalam seminit,
Jika dihitung...
Berapa kali hati melupakan mati??

Bertepuk dada, bertanyakan khabar iman..

Astaghfirullah,
Kami Mohon perlindunganMu ya Rabb..
Hidupkan hati kami yang kian lesu dan kian mati~




Jika hatimu sejernih air
Usah biarkan ia menjadi keruh
Andai hatimu seputih awan
Jangan biarkan ia menjadi mendung

Titik hatimu biarlah putih
Kerana hitam itu keburukan jiwamu
Andai hatimu seindah bulan
Hiasi ia dengan keimanan

Biarpun sukarnya nak mencapai bulan
Namun cahayanya menyinari malam
Walaupun hatimu tak pernah sempurna
Sucikan jiwamu kan lebih bahagia

Hidup di dunia
Jangan kita leka
Hati buta diperhamba nafsu saja
Sinarkan hatimu
Dengan petunjuknya
Hidup disayangi
Serta di rahmati

(-_-)
~ Al-Hasyr:10 ~



Sunday, August 14, 2011

Jagalah Allah, Pasti Allah menjagaMu...


 Bismillahirrahmanirrahim.....

Terpanggil sendiri utk terus mengatur bicara di ruangan AM pd awal pagi ini, genap angka 3pagi.... fikiran terus menerus ligat berputar utk mencerna idea.... nasihat, pesanan, dan ingatan terus utk hatiQu ini.... ^^

Hukum Meninggalkan Solat

Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali, malahan ianya terlebih keji daripada iblis.



Ini kerana si iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam a.s. yang merupakan makhluk, tetapi orang yang meninggalkan solat adalah seorang yang enggan bersujud kepada Allah s.w.t yang merupakan Khaliq (pencipta).

Justeru itu, dosa meninggalkan solat itu amat besar sekali. Di Akhirat nanti seseorang yang meninggalkan solat itu akan dimasukkan ke dalam neraka.

Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud:

Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.




Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:

Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.

Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.

Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.

(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).

Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:

Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.

(Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).

Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.

Namun, sekiranya seseorang itu meninggalkan solat atas sebab malas, tetapi dia tahu dia wajib solat, maka terdapat tiga pendapat ulama tentang hukumnya, iaitu:

Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi dia menjadi fasik. Maka wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan solat. Sekiranya dia enggan bertaubat maka dijalankan ke atasnya hukuman hudud, iaitu dibunuh dengan pedang.
Ini pendapat Imam Malik, Syafi’e dan jumhur ulama salaf dan khalaf.

Orang itu menjadi kafir. Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap kewajipannya tadi.
Ini adalah pendapat satu jemaah daripada para salaf yang diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan Imam Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin Rahawaih.

Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, sebaliknya ditakzirkan dengan dipenjarakan sehingga dia mengerjakan solat.
Ini pula adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafi’e.

Lihat betapa besarnya solat, dan betapa besar hukum bagi seseorang meninggalkan solat.

Orang yang mahu agamanya selamat dan dirinya bahagia di dunia dan akhirat, sudah tentu dia wajib menghindarkan dirinya dari terletak di antara hukum menjadi murtad dan berdosa besar.

Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:



Sembahyang Subuh

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.

Sembahyang Zohor

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam

Sembahyang Asar

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)

Sembahyang Maghrib

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.

Sembahyang Isya'

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.

Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan sembahyang ialah :


Sabda Nabi s.a.w. :

"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara ..

enam perkara di atas dunia
tiga perkara sewaktu hendak mati
tiga perkara sewaktu di dalam kubur
tiga perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan
Enam perkara seksaan di atas dunia

Dihilangkan berkat sedikit demi sedikit yang ada pada umurnya
Dikurangkan rezeki di dalam usahanya
Tiada dipelihara baginya agama Islam
Dikurangkan pengaruh-pengaruh baik pada dirinya
Segala amal kebajikan yang diamalkan dalam dunia ini tiada diberi pahala oleh Allah akan dia.
Tiada diangkat oleh malaikat ke langit akan segala amalnya
Tiga perkara sewaktu hendak mati

Dimatikan dalam kehinaan
Dimatikan dalam keadaan sangat lapar
Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun dituangkan air kekerongkongnya sebanyakmanapun
Tiga perkara sewaktu dalam kubur

Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan tulang selangkanya remuk sama sekali dan Tuhan memerintahkan malaikat Munkar dan Nankir menyiksanya sehingga hari kiamat.
Didatangkan Allah seekor ular besar bernama SHWAUN-RAK yang keadaannya sangat dasyat, matanya seperti guruh dilangit menggigit dan membenamkan kukunya kepada mangsanya hingga hari kiamat.
Didatangkan malaikat yang bertongkat besi, sambil berkata dengan suara yang ganas dan kuat seperti guruh di langit seraya berkata:
"Aku diperintahkan oleh Allah memalu (memukul) engkau
daripada subuh hingga zuhur, dan zuhur hingga subuh"
Tiap-tiap kali pukul atau paluan itu tertanam tubuh kita hingga 70 hasta ke dalam tanah, maka dikeluarkan pula kukunya yang mana keadaan memakan masa selama sehari semalam dalam perjalanan.

Wallahu a’lam.

P/s: Solatlah anda sebelum anda disolatkan.

Thursday, July 7, 2011

Pengakhiran kehidupan su'ul khotimah seorang abid

Bismillahirrahmanirrahim
perkongsian dari hati ke hati... kisah teladan yg punya ibrah yg banyak.... moga celik hati dan akal dalam menilainya
Janganlah menyangka bahawa amal ibadat yang banyak sudah pasti untuk menjamin seseorang itu masuk ke syurga Allah SWT.
Ikuti kisah berikut untuk dijadikan contoh teladan dan iktibar kepada kita semua….

Janganlah kita terlampau puas dengan amal soleh yang sudah kita lakukan dan bersandar padanya. Apalagi diikuti dengan merasa bangga diri dan merasa sudah pasti menjadi ahli surga. Akibatnya, tidak lagi
berharap kepada rahmat Allah dan kemurahan-Nya.
Sesungguhnya perbuatan hamba ditentukan pada akhir hayatnya. Dan kita tidak tahu di atas kondisi apa mengakhiri kehidupan kita, apakah husnul khatimah (akhir hayat yang baik) atau su’ul khatimah (akhir hayat yang buruk).
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesungguhnya segala perbuatan ditentukan bahagian akhirnya.” (HR. Bukhari).
ertinya, barangsiapa yang telah ditetapkan oleh Allah beriman di akhir hayatnya, meskipun sebelumnya dia kufur dan selalu melakukan maksiat, menjelang kematiannya ia akan beriman. Ia meninggal dalam keadaan beriman dan dimasukkan ke dalam surga. Demikan juga dengan orang yang sudah ditentukan kafir atau fasik di akhir hayatnya, meskipun sebelumnya ia beriman, maka menjelang kematiannya ia akan melakukan kekufuran. Ia meninggal dalam keadaan kufur dan akan dimasukkan ke dalam neraka.
Dari Abdullah bin Mas’ud, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
فَإِنَّ الرَّجُلَ مِنْكُمْ لَيَعْمَلُ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ
وَبَيْنَ الْجَنَّةِ إِلَّا ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ كِتَابُهُ
فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ وَيَعْمَلُ حَتَّى مَا يَكُونُ
بَيْنَهُ وَبَيْنَ النَّارِ إِلَّا ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ
الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ
“Sesungguhnya ada salah seorang dari kalian beramal dengan amalan ahli surga sehingga jarak antara dirinya dengan surga hanya hanya tinggal satu hasta, tapi (catatan) takdir mendahuluinya lalu dia beramal dengan amalan ahli neraka, lantas ia memasukinya. Dan sesungguhnya ada salah seorang dari kalian beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jarak antara dirinya dengan neraka hanya tinggal satu hasta, tapi (catatan) takdir mendahuluinya, lalu ia beramal dengan amalan ahli surga, lantas ia memasukinya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat Sahl bin Sa’ad al Sa’idi, “Sesunggunya ada seorang dari kalian benar-benar melakukan amalan ahli surga, dalam apa yang nampak kepada manusia. . . .” (HR. Bukhari dan Muslim)
Kerananya, kita harus senantiasa berdoa supaya Allah senantiasa memberikan keteguhan hati di atas kebenaran dan kebaikan serta memberikan kepada kita husnul khatimah. Sebaliknya kita juga berlindung kepada Allah dari su’ul khatimah dan kesudahan yang buruk.
Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam senantiasa berdoa,
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ
“Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati di atas agama-Mu.”
Dalam riwayat muslim beliau shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda,“sesungguhnya hati semua manusia berada di antara dua jari Allah, seolah-olah hanya satu hati. Allah berbuat sekehendak-Nya.” Lalu beliau berdoa,
اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
“Wahai Dzat yang memalingkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan kepada-Mu.”
Sebab Su’ul Khatimah
Ibnu Hajar al Haitami berkata, “Sesungguhnya akhir hayat yang buruk diakibatkan bibit keburukan yang terpendam dalam jiwa manusia, yang tidak diketahui orang lain. Kadang-kadang seseorang melakukan perbuatan-perbuatan ahli neraka, namun di dalam jiwanya terpendam bibit kebaikan. Maka, menjelang ajalnya bibit kebaikan itu tumbuh dan mengalahkan kejahatannya. Sehingga ia mati dalam keadaan husnul
khatimah.”
Abdul Aziz bin Dawud berkata, “Aku hadir pada seseorang yang sedang ditalqin (dibimbing untuk mengucapkan kalimat syahadat), akan tetapi ia tidak mau. Lalu aku bertanya tentang orang ini. Ternyata ia seorang peminum khamer.”
Pada kesempatan yang lain ia berkata, “Berhati-hatilah dengan dosa, karena dosa bisa menjerumuskan seseorang ke dalam su’ul khatimah.”
Berhati-hatilah dengan dosa, kerana dosa bisa menjerumuskan seseorang ke dalam su’ul khatimah.
Abdul Aziz bin Dawud
Kisah Tragis seorang ahli Ibadah yang mati Su’ul Khatimah
Manshur bin Ammar mengisahkan, dulu kala aku punya seorang teman yang suka melampaui batas, lalu bertaubat. Aku melihat dia banyak beribadah dan shalat tahajjud. Suatu ketika aku putus komunikasi dengannya. Dan menurut kabar dari orang-orang, ia sedang sakit. Maka aku pergi ke rumahnya dan anak perempuannya datang menemuiku. Dia bertanya, “Siapa yang engkau ingin temui?” Aku menjawab, “Si fulan.” Maka ia mengizinkanku masuk dan akupun bergegas ke dalam rumah.Aku melihatnya sedang tebaring di atas ranjang yang terletak di tengah rumah. Mukanya terlihat kehitaman, kedua matanya tertutup dan kedua bibirnya bengkak dan menebal.
Aku berkata padanya dengan perasaan takut melihatnya, “Wahai saudaraku, perbanyaklah mengucap Laa Ilaaha Illallaah.” Ia membuka kedua matanya dan menatapku dengan penuh kemarahan, lalu ia tak sadarkan diri. Kembali kuulangi perkataanku kedua kalinya, wahai saudaraku perbanyaklah mengucap Laa Ilaaaha Illallaah.” Pada saat aku mengulanginya untuk ke tiga kalinya, lalu ia membuka matanya dan berkata, “Wahai Manshur, saudaraku, kalimat ini telah menjauh dariku.”
Aku bergumam, “Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan izin Allah, Dzat Maha Tinggi dan Maha Mulia.”
Kemudian aku bertanya padanya, “wahai saudaraku, di manakah shalat, puasa, tahajud dan shalat malammu?”
Ia menjawab, “Aku melakukan semua itu bukan untuk Allah Subhanahu wa Ta’ala dan taubatku hanyalah taubat palsu. Sebenarnya aku melakukan semua itu supaya aku dikenal dan disebut-sebut orang, aku melakukannya dengan maksud pamer kepada orang lain. Bila aku menyepi seorang diri, aku masuk ke dalam rumah dan memasang tirai-tirai, lalu aku minum khamer dan menantang Tuhan dengan kemaksiatan-kemaksiatan. Aku terus melakukan itu sampai beberapa masa. Kemudian aku ditimpa penyakit hingga hampir binasa. Saat itu juga aku suruh anak perempuanku, ‘ambilkanlah aku mushaf!’ dan aku berdoa, ‘Ya Allah, demi kebenaran Al-Qur’an yang agung, sembuhkanlah aku!’ Dan aku berjanji tidak akan kembali melakukan dosa untuk selamanya. Maka Allah membebaskanku dari penyakit.
Setelah sembuh, aku kembali kepada keadaan semula, hidup berpoya-poya dan berhura-hura. Syetan telah membuatku lupa dengan perjanjian yang telah kuikrarkan kepada Tuhanku. Aku terlena dalam keadaan itu sampai beberapa saat lamanya hingga aku menderita sakit hampir mati karenanya. Lalu aku perintahkan keluargaku membawaku ke tengah-tengah rumah seperti biasanya. Kemudian aku suruh mereka mengambilkan mushaf dan aku mulai membacanya. Lalu aku acungkan mushaf itu seraya berdoa, ‘Ya Allah, demi kehormaan kalam-Mu yang ada dalam mushaf ini, bebasknalah aku dari penyakitku!.’ Maka Allah mengabulkan permintaanku dan menyembuhkan penyakitku.
Kemudian aku kembali hidup bersenang-senang dan akupun jatuh sakit lagi. Lalu aku perintahkan keluargaku membawaku ke tengah-tengah rumah seperti yang engkau lihat sekarang ini. Kemudian aku menyuruh mereka mengambilkan mushaf untuk kubaca, tetapi mataku sudah tidak bisa melihat satu hurufpun. Aku pun menyadari bahwa Allah sudah murka kepadaku. Lalu aku acukan mushaf itu di atas kepalaku seraya memohon, ‘Ya Allah, demi kehormatan mushaf ini, bebaskanlah aku dari penyakit ini, wahai penguasa bumi dan langit!’ Tiba-tiba aku mendengar seperti suara memanggil, ‘engkau bertaubat tatkala engkau sakit, dan engkau kembali kepada perbuatan dosa tatkala engkau sembuh. Betapa banyak Dia menyelamatkanmu dari kesusahan, dan betapa banyak Dia menyingkap bala’ cubaan tatkala engkau diuji. Tidaklah engkau takut dengan kematian? Dan engkau telah binasa di dalam kesalahan-kesalahan’.”
‘Engkau bertaubat tatkala engkau sakit, dan engkau kembali kepada perbuatan dosa tatkala engkau sembuh. Betapa banyak Dia menyelamatkanmu dari kesusahan, dan betapa bayak Dia menyingkap bala’ cobaan tatkala engkau diuji. Tidaklah engkau takut dengan kematian? Dan engkau telah binasa di dalam kesalahan-kesalahan’.
Manshur bin ‘Ammar berkata, “sungguh demi Allah aku keluar dari rumahnya dengan air mata tertumpah merenungkan ‘ibrah yang baru kulihat, dan belum sampai di pintu rumahku, sampailah kabar bahwa dia sudah meninggal.” [PurWD/voa-islam.com]
~ artikel daripada Tauziyah@yahoogroups.com