Teman Yang Dikasihi

Friday, December 18, 2009

Kanvas Cinta

Kanvas cintaku..



kanvas cintaku terlakar seribu cerita..tercoret berjuta rasa..tertulis pelbagai suka dan duka.. bertahun ku jejakkan kaki di bumi Tuhan..kanvas cintaku bertemakan pelbagai warna warni kehidupan..terang…teman dan mendamaikan..gelap, kedap dan merungsingkan…


Teringin benar melihat pelangi muncul lagi..Pelangi yang takkan pernah hilang..Yang sentiasa menemani perjuangan..yang sentiasa mewarnai kanvas hati walau tiada di sisi..Bukan pelangi yang hanya menyapa dan berlalu pergi..yang sabar menungguku untuk kesekalian kali..aku ingin bertemuMU dengan pelangi yang berbudi..segak langkah nya..kuat semangat juangnya..tegas perwatakannya..jihad fi sabilillah adalah noktahnya…Sebagaimana telah Engkau catatkan bahawa ini bukan masa nya..aku redha walau perlu menunggu lebih lama..pelangiku tiada galang ganti, xperlu sentiasa ada, xperlu ada rindu nya,cukup sekadar memandang dari jauh menyokong perjuangan , menadah tangan mendoakan kesejahteraan…


kanvas cintaku ingin ku hias dengan warna pelangi berwarna terang..kerana ku merasakan ia mendamaikan dan menenangkan fikiran…Tiba pada suatu detik, kanvas cintaku kosong tidak tercorak, pudar warna , hilang hias nya..semakin hari semakin menjauhi, dan akhirnya nanti akan pudar meninggalkan kanvas hati..
kosong lagi..

Tuhan..bukakan hijab cintaku seluas-luasnya..agar kanvas cintaku tercoret lagi dengan warna pelangi yang mendamaikan hati
Pelangi pasti muncul lagi :)

Tuesday, December 15, 2009

Citarasa Insan Bergelar Adam

Bismillahirrahmanirrahim.. 


   Wanita... sesungguhnya kejadianmu terlalu unik! Tercipta dari tulang rusuk Adam yg bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Wanita umpama sekuntum bunga..harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang utk mendekatimu, namun...tidak semua bunga yg senang didekati olh sang kumbang lantaran duri yg memagari dirinya...bak mawar! Dari jauh sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yg memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang, tetapi awas!! duri yg melindungi bisa membuat sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.


Mawar aspirasi setiap mujahidah! bentangilah dirimu dgn perasaan malu yg bertunjangkan rasa keimanan taqwa kpd Allah. Hiasilah wajahmu dgn titisan wuduk sebagai ganti alat solek dan alangkah indahnya wajahmu yg ayu itu berada disebalik tabir, namun hakikatnya kau berada dalam perhatian dan pemeliharaan Allah krn cuba memelihara keayuanmu. 


Dirimu punyai ciri-ciri wanita solehah maka selubungilah auratmu agar tidak terhangus dari cahaya mata ajnabi. Sesuatu yg tertutup itu lbh berharga jika dibandingkan dgn sesuatu yg terdedah.., umpama sebutir permata yg didedahkan buat perhatian umum dgn permata yg diletakkan di dalam suatu bekas yg tertutup. Sudah pastinya keinginan utk melihat permata yg tersembunyi itu melebihi drpd terdedah. Wanita solehah yg patuh dan taat kpd penciptaNya dlm melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yg bernama adam. Namun...utk mencari maqam wanita solehah memerlukan pengorbanan dan mujahadah yg tinggi krn ia bercanggah dgn nafsu serakah yg bersarang dlm dirimu. Lebih-lebih lagi tittle 'gadis' yg dimiliki, sudah pastinya darah muda mencabar rasa keimanan yg ada. Namun begitu, sesiapa yg ingin kebaikan, maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan ke arah itu. Yang penting, mesti mempunyai azam, azam dan istiqamah.


Akuilah hakikat kejadianmu yg menjadi fitrah kpd kaum lelaki. Seandainya pakaian malumu ditanggalkn dari tubuhmu, maka sudah tiada lagi perisai yg dpt mebentengi dirimu. Sesungguhnya Nabi ada menyebutkan tentang bahaya dirimu;
"tidak ada satu fitnah yg lbh besar dan lbh bahaya selepas waktu kewafatanku drpd fitnah yg berpunca drpd wanita" Oleh itu, setiap langkah dan sikapmu hendaklah berpaksikan kpd quran dan sunnah, jgn biarkan org lain mengeksplotasi dirimu utk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dgn kaum Adam. Wanita.......dirimu harapan ummah sbgai mujahidah yg bkal menggoncang dunia dgn sentuhan lembutmu!!




  Wanita...dlm hidup ini pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insan. Namun, ramai di antara kaummu yg tewas krn cinta. Bercinta itu tidak salah, tetapi memuja cinta itu yg salah, krn cinta manusia biasaya berputik dari nafsu memalingkan mereka dari menjaga kesuciannya dgn landasan cinta Allah. Benarlah kata baginda Rasulullah.."sesungguhnya cinta itu buta" Cinta mampu membutakan mata dan hati manusia!! Cintailah dirimu dan selidiklah hakikat kejadianmu yg begitu simbolik. Berasal dari setitis air yg tidak berharga lalu mengalami peroses pembentukan yg direncanakan olh Allah. Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih kpd Penciptamu..amin...!


Mencintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yg hakiki dan abadi krn hati yg pecah dan retak apabila diberikan kpd makhluk pastinya akan bertambah retak tetapi apabila diserahkan pada Allah sudah pasti ia akan bercantum kembali, insyAllah..Dalam usiamu, sibukkanlah dirimu dgn ilmu yg mampu membina syakhsiah muslimahmu. Sesunguhnya ilmu itu cahaya dan tidak bertapak dalam hati-hati manusia yg bermaksiat.



Buat akhirnya,terimalah kata-kata seorang sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama....."cintakan manusia tidak akan mewujudkan kebahagian yg abadi utk seseorang itu krn ia tidak kekal. Cintakan manusia seringkali membuatkan seseorang kecewa, menderita dan seksa. Oleh itu, tidak ada satu cinta pun yg dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yg kekal abadi kecuali cinta kpd Pencipta manusia itu sendiri".


Wanita solehah! bersama kita muhasabah diri kita sejauh manakah marhalah iman kita kepada Allah dan kecintaan kita kepada Baginda... Akan ada masa..., insyAllah.. akn saya kongsi dgn sahabat tentang istimewanya kejadian wanita....












Tujuh Perkara Ganjil

Bismillahirrahmanirrahim..


Terdapat seorang pemuda yg kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan utk di jual. Pada suatu hari pemuda tersebut berjumpa dgn seorang ahli ibadah utk menyatakan kekesalannya dan keinginan utk bertaubat kpd Allah s.w.t. Dia berkata, "sepanjang aku menggali kubur utk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yg menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa ingin bertaubat dan insaf atas perbuatan yg sgt keji itu dan ingin sekali bertaubat".

"Yang pertama, aku lihat mayat yg pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku melihat wajahnya telah pun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu..

"Wahai anak muda, mereka itulah golongan yg telah mensyirikkan Allah s.w.t sewaktu hidupnya. Lantaran Allah menghinakan mereka dgn memalingkan muka dan wajah mereka dari kiblat, bagi membezakan mereka drpd golongan muslim yg lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yg kedua, aku lihat wajah mereka sgt elok semasa dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telah pun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

 Jawab ahli ibadah etrsebut, "wahai anak muda, mereka itulah golongan yg meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yg pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yg lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yg ketiga yg aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yg terlalu byk drpd perutnya itu".

"Mereka itulah golongan yg gemar memakan harta yg haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

"Golongan keempat, ku lihat mayat yg jasadnya bertukar menjadi batu bulat yg hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yg derhaka kpd kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t sama sekali tidak redha kpd manusia yg menderhakai ibu bapanya".

"Ku lihat ada pula mayat yg kukunya amat panjang, hinga membelit-belit seluru tuuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu

"Anak muda, mereka itulah golongan yg gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih drpd 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "bahawa sesiapa yg tidak bertegur sapa lebih 3 hari bukanlah termasuk dlm golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

"Wahai guru, golongan yg keenam yg aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayatnya terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yg berbau busuk,"

"Wahai anak muda, itulah golongan yg memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah.

"Wahai guru, golongan yg terakhir yg aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yg berilmu. Dan mereka beramal pula dgn ilmunya sewaktu hayatnya. Inilah golongan yg beroleh keredhaan dan kemulian di sisi Allah s.w.t baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya".

Ingatlah, sesungguuhnya daripada Allah kita datang dan kepadaNya jualah kita kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas dasar setiap amal yg kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.





Sunday, December 13, 2009

Hadiah Solat Malam

Bismillahirrahmanirrahim..

Suatu ketika, seorang pencuri memasuki rumah Ahmad al-Khazruya. Ia menggeledah  barang-barang yg dimiliki Ahmad, tetapi tidak menjumpai barang-barang yg berharga. Ia hampir pergi kerana kecewa, tetapi kemudian Ahmad memanggilnya,

"Anak muda, ambillah  baldi itu dan ambillah air dari perigi lalu bersihkan dirimu dan solatlah. Bila aku mendapatkan sesuatu maka akan ku berikan kepadamu sehingga engkau tak akan meninggalkan rumahku ini tanpa hasil",

Anak muda itu menuruti perintah Ahmad. Ketika pagi tiba, ada seorang lelaki membawa wang seratus dinar dan memberikannya kpd Ahmad. "Ambillah wang ini sebagai hadiah solat malammu", kata Ahmad kpd pemuda yg mahu mencuri itu. Pemuda tersebut lansung gementar tubuhnya, dan menitiskan air matanya.

"Aku telah menempuh jalan yg salah", ucap anak muda itu. Aku beribadah kpd Alah hanya satu malam, tetapi Dia memberi anugerah kepadaku sebanyak ini",

Seterusnya, ia bertaubat, kembali ke jalan Allah. Lebih dari itu, ia menolak utk mengambil wang itu, dan akhirnya menjadi seorang murid Ahmad al-Khazruya...


Hidayah itu milik Allah... Allah berhak memberi hidayah atau petunjuk kpd sesiapa sahaja yg di kehendakinya dalam pelbagai cara sekalipun.. begitulah hebat dan agungnya kekuasanNya... berdoalah moga kita tergolong dalam golongan yg sentiasa mendapat petunjuk daripadaNya... amin....

Kisah Lucu

Bismillahirrahmanirrahim..


BULAN MADU

 Setelah selesai majlis upacara akad nikah, Juha pun terus membawa isterinya pulang ke rumah tanpa apa-apa persiapan. Bilamana mereka masuk ke dalam rumah, isterinya terus menjerit kerana terperanjat seraya berkata: "oh Juha! mengapa rumah kita ini penuh dengan lalat dan lebah?", Jawab Juha tenang: "wahai isteriku yang tercinta! kamu lupakah bukankah kita sekarang ini sedang berbulan madu!"


KALAU UNTA ADA SAYAP

Pada suatu hari, Juha telah berdiri di dalam masjid setelah selesai sembahyang berjemaah. Tujuannya untuk memberi sedikit nasihat kepada para jemaah. katanya:

"wahai sekalian umat islam yg hadir! marilah sama-sama kita bersyukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yg telah menjadikan unta tanpa sayap, sebab kalaulah si unta ada sayap maka sudah pasti dia boleh terbang, dan hinggap di atas bumbung rumah-rumah kita dan dgn itu bumbung rumah kita semuanya akan serta merta runtuh, akibatnya semua kepala-kepala kita akan luka di timpa ketulan batu-bata"


MAKAN MALAM

Sesungguhnya Juha dan isterinya sudah lama tidak makan malam kerana terlalu jimat dan juga kerana terlalu kedekut. Hinggakan dgn itu dia telah mengukir pada cincin yg dipakainya, "sesungguhnya makan malam itu adalah sungguh jijik sekali!".

Saturday, December 12, 2009

Hari Pertunangan

Bismillahirrahmanirrahim..

12/12/09.....hari pertunangan..alhmdulillah selesai segalanye...~ seronok+gembira+penat+excited.... hahahah... urm..., tema hari pertunangan wrna biru.., it's my favourite colour!!! urm... mmg meriah.., adk bdk sblh mk ayh dtg.., ramai~ sepupu ag~ baby comel!!! seronok...ni pic baby...nama dia anas..bru 3 bulan, suka sgt2 dgn baby..


 my cousin

urm.. ok.. mula2 malam b4 majlis pertunangan dah start kene potong bawang...cili..byk~ tp bez cz wat ramai2....kawan2 pn datang nk meriahkn majlis...menu makanan masa majlis...ayam rendang ngri sembilan.., udang masak sambal.., ayam gulai pn masak gulai ngri sembilan.. maklum la.. mak owg nogori, daging kari...huhu... dan byk lagi~ best!!

pihak lelaki datang tepat pukul 2:30.... ayah mmg nk majlis start lepas zohor...urm..8 buah kereta yg datang dri pihak lelaki..~ meriah~ ayah yg handle majlis pihak perempuan.. majlis belah laki, paksu dia yg handle~ urm... ni antara gambar hantaran pertunangan k..



hantaran sebelah lelaki



 

hantaran sebelah perempuan

ha...best kan...kek coklat.., sedap~ buah pun banyak jenis~ perempuan tema biru... pihak lelaki tema hijau... ha.. ni pulak macam mane suasana majlis kt rumah k... meriah taw..

 



  masa nak makan











dengar celoteh b4 majlis start



ha... mmg best kan!! urm... ni plk pic saya....



 senyuman kegembiraan


urm.. dan yg ni pic last la yer b4 nk abzkn cerita~ hahaha....  



dari kiri ayu, lin, fizah


ha.... mesti konfius ni.. sape yg bertunang sebenarnyer kan??? haha... kakk saya yg bertunang... kak lin.. kakak yg 2nd.. saya interframe jer~ hahaha.........xpela.. boleh timba pengalaman utk diri sendiri.. betul x?? haha...doakan saya.. maybe 10tahun lagi kot.. huhu... sabar jer la~ k la... akhir kalam.. moge de masa len utk sy share pegalaman yer.. ok.. wassalam~



Kenangan Terindah



 ayu, zue, ainekin, aya


Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdullilah.... spm da selesai.. 10/12/09.... paper last, tasawwur islam~ rase lapang dan tenang sekarang... moge segala usaha yg di lakukan, mendapat hasil yg baek...amin ya Rabb.. urm... sekarang cuti dok uma jer la... de sahabat ajk follow lawatan kembara ke kedah...tapi xdpt ikt cz xde teman... urm... rase mcm bez..tp xpela..xde rzkikn..huhu...urm... tapi.. 29-30 ni, sahabat de ajk g program segenggam azam..., prgram agama..aktvti qiamullail....insyAllah.xde aral melintang....., akn ikt prgrm ni..~ huhuhu... terisi jgk  la dgn pkre berfaedah cuti2 ni.., xla dok uma membesarkan badan jer~ hahaha...... sebenarnye... bila masa sekolah, x sabar nk tunggu cuti mula, tp bila da cuti...bosan dan sedih.., tringat kawan2...sayang sgt kt kwg sume~ ishk..ishk... bila la agknye dpt bjmpe smule....dah la nnti msng2 dah jauh2..urm....~ sedihnyer~ moge2 di beri peluang utk kite bersua kembali... ftrah khdpn...pasti tiap pertemuan di akhiri dgn perpisahan....urm...moge2 smue shbt2 najah dnie akhrt...amin...pasti tiap yg kite lalui bersama adlah kenangan paling indah yg pernah terlakar dan terpahat di sudut hati kecil ini...fuh!! ayt puitis plk..hahaha... yup...lpz ni msng2 nk wat haluan sendiri...jgn d lupekn kngn bersama ok!~