pemula bicara dgn asma' yg Esa. moga Rahmah dan Barakah mengiringi gerak langkahQu ini. Amin ya Rabb...
ya Allah, thabitkan langkahku dlm bermujahadah. sgt sukar jln itu, penuh liku. moga ada kekuatan yg tersisa.
pesanan ini bukan sahaja utk antum semua. tp khusus utk diri ana sendiri.
___________________________________________________________
Pada pagi itu,
seperti mana pagi-pagi yang lain aku menyambut seorang tetamu tetapku.
Assalamualaikum, seru Subuh. Waalaikumussalam, sahutku. Dan kami terus
berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar Subuh, bagaimana
keadaannya mengembara dari suatu tempat ke satu tempat. Tadi, kata Subuh dengan sayu. Aku baru
sahaja melintasi satu tempat. Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah
yang sunyi, tapi satu pun tiada yang mahu menerimaku sebagai tetamu. Dan, air
mata subuh pun berlinang.
Subuh melirikkan sebuah senyuman
Subuh, usah pedulikan mereka.
Bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat
mukanya seolah teringat sesuatu. Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang
tanahnya di sebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh
kesukaan., menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat dan menggiurkan.
Hidangan yang paling ku sukai ialah buah Tahajjud, puas ku cari di bumi lain,
tapi jarang ku jumpai. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta
leka. Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku faham maksud Subuh.
Maaf Subuh, aku tidak menanam pohon Al-lail, jadi aku tidak dapat
menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada roti Syiyam, cadangku
pada Subuh. Subuh menolak dengan hormat. Roti itu, ada tuan punyanya, kata
Subuh.
Adakah kau mahu
manisan Zikir? Rayuku
pada Subuh. Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas air mata
tangisan, pinta Subuh. Aku agak sugul. Bagaimana harus ku beritahu pada Subuh
yang air mata tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau maksiat yang
berpanjangan? Namun, aku tetap menjenguk ke dalam perigi yang memuatkan air
mata tersebut. aku terkejut perigi itu hampir separuh penuhnya. Dan aku tedetik
dalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi kubawa
air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjung, dan kusuakan manisan yang
dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.
Subuh berjanji akan datang lagi
Subuh, seruku. Mahukah kau tinggal
selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akanku layan kau dengan
sebaiknya, wahai Subuh. Subuh tersenyum menandakan permintaanku tidak akan
terpenuhi. Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan
kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu.
Dan aku akan akur lagi dengan penjelasan Subuh. Subuh, seruku lagi apabila
melihat Subuh bersiap untuk pergi. Sudikah kau menziarahi lagi esok hari? Insya-Allah, jawab Subuh. Bukankah
aku kekasih yang kau rindui? Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.
Assalamualaikum, seru Subuh. Waalaikumussalam, jawabku kembali.
Dan mataku terus meniti langkah
Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan, akhirnya Subuh hilang
daripada pandangan.
Nota kaki : apakah agaknya keluh kesah dari
Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak? Jawapannya tersirat dalam diri…
No comments:
Post a Comment