Teman Yang Dikasihi

Saturday, June 15, 2013

Hadiah buat kekasih agung

Bismillahirrahmanirrahim...

27 Rejab.. tersirat peristiwa indah...
Merupakan sebuah hadiah dr Allah..
Untuk kekasih agung ya Rasulullah...
Setelah melalui peristiwa sedih dalam sejarah..

Kehilangan 2 org insan yg disayang dan dikasih sepenuh jiwa..
Siti Khadijah....zaujah berhati mulia..
Menemani Nabi dalam masa suka dan duka..

Abu Thalib pula bapa saudara baginda..
seorang yg dihormati sepanjang usia
Kehilangan keduanya pada tahun yg sama..

Allah mengurniakan sebuah khabar gembira
diutus Jibrail pembawa khabarNya
Israk dan Mikraj dapat mengubat luka
Perjalanan dr Mekah (Masjidil Haram) bermula
Singgah kemudian di Masjid Al-Aqsa kiblat pertama
Ditemani Jibrail singgah seketika
ditempat barakah penuh maghfirah Illah (tempat Maryam)

Kemudian naik ke Langit ketujuh hingga sampai ke Arasy tempat mulia
menunggang buroq haiwan yg istimewa
melihat pelbagai azab umat yg derhaka
juga terbau wangian makam kubur umat yg taat setia (Marsyitah)

Janji Allah itu satu kepastian
Mereka yg taat akan mendapat kesenangan
malah Ridhwan setia menanti di pintu syurga idaman
Mereka yg derhaka mendapat azab seksaan
takut melihat Malik yg garang di neraka Jahanam

-Nur hidayu kamil, 15 Jun 2013, 10.50pm-

p/s : Ayuh koreksi diri, menjadi umat yg lebih proaktif dan berwawasan utk kemajuan dini..

Bestnya bila ROMANTIK!!

Bismillahirrahmanirrahim....

Hamdalah... daku ucapkan pd Mu Ya Kholik... memberi daku pinjaman nikmatmu yg tidak terhitung banyaknya.. kini.. diri lebih bahgia.. hidup terasa sempurna apabila ditemani oleh zauji yg penyayang dan manja.. juga dihiburkan oleh si buah hati yg bijak dan soleh, aminn (^__*)

Bersiar-siar di gedung ilmu di laman sesawang.. 'terserempak' dgn artikel yg bermakna.. hati berbisik bahagia.. "inche hubby pun romantik macam ni....". Ya Allah... titipkan rasa Sakinah, Mawaddah wa Rahmah dalam bahtera kami.. agar syurga dunia dapat kami rasai dan nikmati.. Ayuh sahabiah kita berkongsi ilmu berguna.. moga 'role model' mulia menjadi ikutan sepanjang zaman.. Rasulullah S.A.W semulia-mulia insan..


altSebut saja romantik, anak muda mula tertarik hati… mungkin yang diketahui romantik sesama ‘couple’ …No..No..No.. ini romantik sesama pasangan suami isteri.. apa lagi… jom ramai-ramai kita pakat kahwin. Isy..Isy.. best oo kahwin… kalau tak percaya..cubalah kahwin.. hehehe..
Rasulullah Sollahhu ‘Alaihi Wasallam (SAW) adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat ke-4 yang bermaksud : “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.”
Sifat-sifat yang sempurna inlah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menempatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda.
Isteri Sebagai Bukti
Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Namun dibuktikan oleh insan pendamping baginda. Meneliti satu persatu perbuatan, pertuturan dan lenggok gayanya. Mereka ialah serikandi rumahtangga baginda. Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad bin Abdullah tidak dapat digambarkan oleh Aisyah RA, lalu menisbahkan akhlaknya dengan akhlak kitab suci al-Quran.
Walaupun Rasulullah SAW seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.
Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah-olah sedang menghayati novel cinta romantik.
Mandi Bersama
Diberitakan bahawa Rasulullah SAW pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa  Aisyah berkata bahawa : ”Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.
Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.
Hantar Isteri Keluar Rumah
Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata :
“Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu).” [Hadis Bukhari dan Muslim]
Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa “Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta.”
Bukakan Pintu Kereta
Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.
Bawa Isteri Jalan-Jalan
Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa ”Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.”
Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim)
Suapkan Makanan
Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?
Belaian & Bermanja
Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa :
“Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian.”
Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa “Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid.”
Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata ”Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku.”
Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa : 
“Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW”. (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.
Pengubat Hati 
Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa :
“Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit.” (Bukhari dan Muslim)
Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.
Bergurau Senda
Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) ke rumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk di antara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata : 
“(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu.”
Saodah menolak dengan berkata : “Aku tidak akan memakannya.”
Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya)
Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.
Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan.
Panggilan Manja
Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. Ia membuatkan ikatan itu lebih intim.
Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya Aisy” yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.
Jangan Malu Jadi Romantik
Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan.
Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.
Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.
Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami; adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet?
Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW

Ulama' kecilQu

Bismillahirrahmanirrahim..

Rayyan, 5bulan


Dikaulah permata dan amanah..
tanggungjawab ummi dan abi mendidikmu dan mentarbiah..
menjadikan dirimu insan soleh wa musleh..
menjadi perwaris ulama' yg di sayangi Illah..

Maaf andai ummi dan abi tersalah..
mendidikmu tidak pernah berkesudah..
penat dan lelah dibuang jauh..
hanya utk melihat dirimu najjah..

doa kami mengiringgi langkah
moga akhlakmu indah
seindah nama yg di pilih
syg ummi dan abi padamu, Muhammad Khalish Al Rayyan krn Allah (^__*)

-Nur Hidayu Kamil, 14 Jun 2013, 9pm-

Friday, March 22, 2013

Bila di duga

Bismillahhirrahmanirrahim...

Ada hati yg sedang bersedih.. gundah gulana..mencari penawar yg berguna.. puisi ini ku tuju khas untuk sahabat semua.. bangkitlah!!! kerana kesedihan silam hanya menghambat hati.. mencuri masa..mensia-sia usia..teruslah menjadi hamba yg sentiasa bersyukur atas apa nikmatNya.. (*__^)

Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim...

Di mana nikmat kebahgian milikMu ya Rabb...
Adakah memang sudah tersurat, bahagia itu bukan untukku..

Ya Illah...
Kau yang Maha Mengetahui segalanya...
yang zahir atau tersembunyi sekalipun..

Seandainya, bahagia itu sememangnya bukan milikku...
daku redha ya Rabb...
aku hanya hamba yang lemah lagi hina untuk meminta-minta...

tetapi....
jiwa ku lemah.. fizikal ku longlai..
bila bahagia tidak ku miliki..
setidaknya, tariklah.. cabutlah...
rasa kesakitan .. rasa kesengsaraan ini...
jauh-jauh ke dada langit ya Allah..

semoga daku terus menjadi hamba yang terus bersabar dan bersyukur dengan apa adanya...

Aminn ya Rabb.. hanya padaMu ku serahkan segala...

Friday, April 27, 2012

Ibrah Pengorbanan

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah ya Allah.. hari2 yg di lalui ini , Kau mudahkan segalanya.. terasa sgt tenang.. lansung tiada tekanan. Alhamdulillah... bila hati tidak lupa padaNya... Dia juga tak akan sesekali tinggalkan hambaNya..

genap 2 minggu mendirikan singgahsana bahagia.. menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri. sehari- hari menanti kepulangan suami tercinta balik dari kuliah sambil memendam rindu sementara....

selepas itu....

gagahkan kaki untuk pulang ke kampus.. punya komitmen dan amanah yg satu lagi. Perjuangan yg perlu di selesaikan.... perang minda bermula... hampir 3 minggu berjauhan dgn suami tersayang.. perpisahan yg makin membakar semangat perjuangan... senjata sudah siap sedia utk di bawa ke medan pertempuran..

sgt berat rasanya bila punya komitmen yg banyak... siswi yg bertungkus lumus di medan pertempuran minda , seorang isteri yg menanggung rasa rindu bila berjauhan dgn kekasih halal tersayang , dan amanah sebagai pemimpin yg memerlukan kudrat ini terus memfokus pada melaksanakan tugas dan menjamin kebajikan individu lain...

TETAPI...

Allah itu sgt Maha Pengasih lagi Maha Agung Sifat KekuasaanNya....
Dia suntikkan semangat kekuatan dalam pengorbanan yg satu ini...

" suamiku tersayang... maafkan ayang sebab terpaksa tinggalkan abang.. ada komitmen lain juga yg perlu ayg laksanakan.. redhakan segala yg ayg buat... kekadang tiada masa utk abg... masa ayg utk study , utk kepimpinan... tetapi ketahuilah.. dgn redha abg.. akan mudah segala urusan ayg tu...dalam doa dan  ingatan ayg sentiasa ada abg.... "  ku  titip kiriman SMS ringkas tapi penuh makna ini utk suami tersayang...

jawapan abg yg mengusik hati kecilku ini... " abg ingin menjadi obor perjuangan ayg. Membangkit  dan membangunkan kekuatan dlm diri ayg... supaya ayg menjadi serikandi dan pejuang agung, demi menegakkan agama, bangsa dan negara.. tanpa lelah, tanpa jemu.. abg akan sentiasa bersama ayg. Walau pahit walau jerih.. kerana ayg zaujati habibati abadan abada.. abg titipkan roh perjuangan moga ayg tak sesekali gentar walau badai menerpa , kala bahtera meniti medan pelayaran. PERJUANGAN AYG ADALAH PERJUANGAN ABG JUGA. semua krn mengharap redhaNya... (*_______^) "
moga tiap langkah perjuangan kita , diiringi Redha Allah Azzawajalla... Aminnn ^^

P/S : terima kasih abang... suami dunia dan insyAllah suami ku jua di akhirat kelak... kiriman KATA SEMANGAT , tembakan DOA , iringan REDHA abg... menjadikan ayg semakin yakin... Allah akan sentiasa membantu hambaNya yg sentiasa berjihad memperjuangkan agama dan amanah dariNya. Biiznillah.





Wednesday, April 4, 2012

Hadiah Cinta Untukmu Sayang

Bismillahirrahmanirrahim......

bila dah lama AM menyepi tanpa bicara.. tidak mencoret sebarang tinta.. tidak menconteng isi kata.. rasanya kerinduan untuk melakar sesuatu menerjah jua... dgn nama Allah, Maha Pencipta yang Maha Kuasa... punya Asma' yg sungguh Mulia... tangan ini mula berbicara dgn gayanya tersendiri.. mengungkap segala rasa yang terpendam lama di hati..

pada tarikh keramat.. 30/03/2012.. tepat pada saat dan detik 09:30pm.. diri ini sah bergelar seorang isteri.. tergalas sudah amanah dan tanggungjawab di bahu kanan dan kiri.. Alhamdulillah Dia permudahkan segalanya setelah pelbagai duga dan uji dtg menerjah diri...

kucupan kasih yg sgt tulus dari seorang suami!!


CINTA ini hanya untukmu yg bergelar ZAUJI... cinta ini kau miliki setelah Allah, Rasul, dan keluargaQu ditempat tertinggi yg telah lama bertahta di hati..

manakala pada tarikh keramat 31/03/2012.. daku berjalan beriringan dgn dirimu.. diarak umpama raja dan permaisuri istana.. memeluk erat tangan kekasih halal..terasa sgt tenang menyelubungi sanubari ini..

kekasih halal..pemilik cintaQu serah..


tiba pada masanya.. daku sampaikan titip bicara cinta, yg ku karang khas utk si putera hati.. yg telah berjaya menawan diri.. ayat-ayat cinta ini ku lakar untukmu.. dan telah ku persembahkan ia di khalayak ramai semasa hari bersejarah kita itu... terimalah!! kerana ayat ini sgt tulus dr hati.. moga dpt menyentuh hatimu jua.

PANGLIMA ADDIN PENAKLUK QOLBU

ku titip bicara indah,
dan sulaman cinta bermadah,
buat kekasih halal pemilik jiwa dan pendamping diri, ku serah...,
hanya untukmu seorang suami yg ku kasihi krn Illah..

dulu, ujian dan duga dtg terarah,
hingga menjadikan aku sangat letih dan lelah,
tetapi rahmat Allah sentiasa mengiringi langkah,
menghadirkan nur sebagai penguat diri utk terus bermujahadah..

wahai pejuag dini,
engkaulah kini pendamping diri,
ku serah kasih yg suci,
untuk kau bimbing tangan ini menuju redha Illahi..

akan ku letak setia dan janji,
padamu wahai si cinta hati,
selepas Allah dan rasul yg ku kasihi,
moga isteri solehah idaman suami dpt ku penuhi,
tujuan hanya utk mengejar redha Illahi...

ayuh melangkah bersama mengiringi,
memartabat addin dalam bahtera kasih yg suci,
kita berusaha menggapai rahmat Illahi,
moga jannah idaman yg di hajati,
bukan angan khayalan tetapi menjadi sebuah realiti,
insyAllah mohon hanya pd Rabbi...

selamat hari lahir di ucapkan,
moga peningkatan umur,
menjadikan bertambahnya ilmu, iman dan amal..
dan jangan di lupa, juga bertambahnya SAYANG pd isterimu ini..

selamat hari lahir suamiku sayang..
sudah genap 23 tahun usiamu kini..
DIRI INI SAYANGMU KERANA ALLAH. LILLAHITAALA.   

ingatkah dirimu... tika habis madah cinta ku ungkap... dirimu terus menuju ke arah ku.. memberi kucupan tulus di dahi.. tanda terima kasih dari hati. ku fahami bahasa dan isyarat cinta itu (*___^)

huluran salam kasih untukmu
kucupan cinta yg tulus darimu




Wednesday, February 22, 2012

Alhamdulillah atas kurnian nikmatMu ini

Bismillahirrahmanirrahim.....

Sudah lama rasanya AM tidak berkongsi... kosong~

mungkin krn kekangan masa..... " amanah dan tanggungjawab itu lbh byk berbanding umur yg ada "

alhamdulillah.... punya sedikit waktu... mengambil masa yg singkat sebelum kaki melangkah ke 3 meeting sekaligus... Allahuakhbar!!! kuatkan langkahku ini, hambaMu yg lemah....thabatkan hati ini ya Rabb...

kini tepat ke angka 8:39pm.....

perjalanan hari ini...... bermula dgn majlis penyampain anugerah dekan.... alhamdulillah.... nikmat yg besar dariMu.. alhamdulillah.... anugerah kali ke-3 yg ku terima sepanjang berjihad di medan tarbiyah ini. 3 sem lagi berbaki. moga Allah redha dgn masa yg sudah2...

mengimbau kembali Majlis Sambutan Maulid Nabi..... perarakan.. selawat... (moga bukan itu sahaja yg terlaksana... harapnya ada yg lbh BESAR terkesan di hati.....)

alhamdulillah atas nikmat ini juga..... hanya pdMu ku berserah secara total.... (~_______~) hinanya hamba....


Alhamdulillah.... bukan nama yg dicari... tp cukup sekadar usaha utk bermujahadah itu ada


apa yg AM ingin kongsikan pd sahabat?

" Tunjukkanlah kami jalan yg lurus. iaitu jalan org2 yg telah Engkau berikan nikmat kpd mereka, bukannya jalan mereka yg dimurkai dan bukan juga org2 yg sesat"  ( Surah Al-Fatihah : 6-7)

sedikit perkongsian dari kalam Allah ini......

manusia itu ada tiga jenis:

1) org yg beroleh nikmat dari Allah, serta tidak dimurkai dan tidak pula sesat, krn mereka menggunakan nikmat itu mengikut kewajipan.

2) org yg dimurkai Allah krn ingkar akan Allah dan nikmatNya yg tidak terhitung banyak.

3) org yg sesat dan menyalahgunakan nikmat itu dalam keraguan, sehingga mereka tidak mengetahui jalan manakah yg akan ditempuhinya.

moga kita semua berada dalam kategori pertama....ya Allah pandanglah kami dgn pandangan Rahmah dan MaghfirahMu ya Rabb..... TT___TT




"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".