Teman Yang Dikasihi

Friday, April 27, 2012

Ibrah Pengorbanan

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah ya Allah.. hari2 yg di lalui ini , Kau mudahkan segalanya.. terasa sgt tenang.. lansung tiada tekanan. Alhamdulillah... bila hati tidak lupa padaNya... Dia juga tak akan sesekali tinggalkan hambaNya..

genap 2 minggu mendirikan singgahsana bahagia.. menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri. sehari- hari menanti kepulangan suami tercinta balik dari kuliah sambil memendam rindu sementara....

selepas itu....

gagahkan kaki untuk pulang ke kampus.. punya komitmen dan amanah yg satu lagi. Perjuangan yg perlu di selesaikan.... perang minda bermula... hampir 3 minggu berjauhan dgn suami tersayang.. perpisahan yg makin membakar semangat perjuangan... senjata sudah siap sedia utk di bawa ke medan pertempuran..

sgt berat rasanya bila punya komitmen yg banyak... siswi yg bertungkus lumus di medan pertempuran minda , seorang isteri yg menanggung rasa rindu bila berjauhan dgn kekasih halal tersayang , dan amanah sebagai pemimpin yg memerlukan kudrat ini terus memfokus pada melaksanakan tugas dan menjamin kebajikan individu lain...

TETAPI...

Allah itu sgt Maha Pengasih lagi Maha Agung Sifat KekuasaanNya....
Dia suntikkan semangat kekuatan dalam pengorbanan yg satu ini...

" suamiku tersayang... maafkan ayang sebab terpaksa tinggalkan abang.. ada komitmen lain juga yg perlu ayg laksanakan.. redhakan segala yg ayg buat... kekadang tiada masa utk abg... masa ayg utk study , utk kepimpinan... tetapi ketahuilah.. dgn redha abg.. akan mudah segala urusan ayg tu...dalam doa dan  ingatan ayg sentiasa ada abg.... "  ku  titip kiriman SMS ringkas tapi penuh makna ini utk suami tersayang...

jawapan abg yg mengusik hati kecilku ini... " abg ingin menjadi obor perjuangan ayg. Membangkit  dan membangunkan kekuatan dlm diri ayg... supaya ayg menjadi serikandi dan pejuang agung, demi menegakkan agama, bangsa dan negara.. tanpa lelah, tanpa jemu.. abg akan sentiasa bersama ayg. Walau pahit walau jerih.. kerana ayg zaujati habibati abadan abada.. abg titipkan roh perjuangan moga ayg tak sesekali gentar walau badai menerpa , kala bahtera meniti medan pelayaran. PERJUANGAN AYG ADALAH PERJUANGAN ABG JUGA. semua krn mengharap redhaNya... (*_______^) "
moga tiap langkah perjuangan kita , diiringi Redha Allah Azzawajalla... Aminnn ^^

P/S : terima kasih abang... suami dunia dan insyAllah suami ku jua di akhirat kelak... kiriman KATA SEMANGAT , tembakan DOA , iringan REDHA abg... menjadikan ayg semakin yakin... Allah akan sentiasa membantu hambaNya yg sentiasa berjihad memperjuangkan agama dan amanah dariNya. Biiznillah.





4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum puan..
Sedikit perkongsian. Sy pernah menonton semanis kurma. Tajuknya,’diari rahsia’. Dikatakan isteri bukn sahaja perlu menjaga aib suami, malah tidak perlu menghebahkan apa kebaikan yg berlaku dalam rumahtagga. Cthnya, suami sy adalah yg trbaik, terhensem, romantik dsbgny.. Kerana ditakuti menimbulkan riak. Bg sy, apa shj yg berlaku dalam rumahtangga tidak perlu dihebah-hebahkankn. Cukuplah kte dan pasangan sahaja yg tahu.
Perbualan menggunakan ‘abg ayg’ kelihatan tidak sesuai untuk berada di setiap komen puan. Adalah lebih manis untuk berada di inbox masing-masing. Rumahtangga adalah rahsia peribadi suami isteri.
Maaf andai terguris dan terasa hati.. kerana Allah sy menegur kerana puan menjadi perhatian warga KUIM. Moga sentiasa mnjadi contoh dan tauladan yg baik.
Moga Allah redha. Assalamualaikum.

Adhwa' Mahbubah said...

Bismillahirrahmanirrahim......

alaik salam... (*___^)

syukran alaik ats teguran, nasihat dan ingatan....

asif jiddan... ini cara ana... cara yg ana rasa tidak lansung melanggar batasan syariat... cara ana untuk menghargai dan menunjukkan syg pd zauji.. 'abg ayg' ana adalah yg halal di sisi islam... di pandangan Allah sekalipun... itu bukanlah dosa... ^^

ada pasangan yg membukukan pula kisah cinta mereka... yg menghargai pasangan bila dalam dakwah sekalipun... contoh bila berceramah atau berforum... apa yg ana lakukan barulah menulis di blog dan fb.. ^^

ye.... mungkin ramai memerhati ana... tapi sedikit pun ana x risau... ana tak berbuat maksiat, jauh dari dosa... malah sentiasa mahukan yg terbaik dari Illah... ^^ lapangkan lah hati , minda.... moga sdra/i di beri pencerahan ^^ andai tak berkenan... silakan jgn membaca status, blog dan apa pun dr ana... (^_^) mudah bukan? moga Allah redha.... waAllahua'lam...

Anonymous said...

Sedikit selingan kpd mrk y krg menggemari cara kami meluahkan rasa dan kasih di laman facebook ini, kami mohon maaf ya. Tidak terlintas sedikit pun untuk menunjuk-nunjuk mahupun menimbulkan riak dalam segala status dan post. Hanya luahan rasa bingkisan jiwa tanda penghargaan kpd si dia yang menjadi suri hati ini.Sungguh, mmg sukar hndak memuaskan hati semua pihak bahkan boleh dikatakan sbg 'impossible.'. Dan setiap drpd kita punya pendapat dan idealisme y trsendiri. Tidak pula mengatakan perbezaan pendapat itu sesuatu y tidak elok, malah sangat digalakkan agar berlaku percambahan dan pertukaran idea. For the greater good of Ummah. Sbnrnye, ini jg mrupakan slh satu cara kami untuk menunjukkn kpd adik2 dan rakan2 di luar sane y Islam itu tidak pernah mengatakan cinta itu salah. Bahkan Islam itu sendiri penuh dgn cinta. Cinta kpd Allah, Rasul, Ibu, Ayah, sanak saudara, rakan taulan hatta kpd haiwan sekalipun. Cuma biarlah cinta itu dibina atas landasan syariat dan diredhai. Islam itu tidak menolak fitrah seorang yang bernama manusia yg diciptakan dengan perasaan ingin mencintai dan dicintai. Dalam konteks ini, Islam sebagai satu agama yg Syumul tidak menegah secara total perasaan itu tapi Islam menyediakan 'solusi' dan jalan keluar supaya perasaan itu dapat disalurkan dengan tuntas dan mekanisme yang halal yakni sebuah ikatan suci bernama ikatan perkahwinan. Di sini kita dapat lihat betapa indahnya ajaran Islam. And yes, Islam is indeed very beautiful.

Islam is not just faith, not just religion, it's the way of life. :)

-Mr Hubby RS-

Ummu Khaulah said...

Salam ziarah, tuan blog. Mabruk! Barakalllahufik :)

Ummu Khaulah @ AdH