Teman Yang Dikasihi

Friday, February 25, 2011

Segala Kehebatan Adalah Hak MilikNya~

Bismillahirrahmanirrahim..



syukur..alhamdulillah...

tiada kalimah yg lebih indah dan agung utk ku ucapkan...
Dia memberi pinjaman sedikit nikmat ini..
sedikit KELEBIHAN, sedikit KEBOLEHAN, dan juga sedikit KEBERANIAN...

ALHAMDULILLAH..

bila tiba saat, detik, waktunya....

Dia berhak mengambilnya semula..
kerana itulah hakikatnya..
segalanya adalah pinjaman semata..
bukan hak milik yg kekal tiap insan..

Hadis riwayat Bukhari ada menyatakan, suatu hari Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah;

“Wahai Rasulullah, tuan bersolat begitu lama sekali dan menangis terlalu banyak sedangkan tuan adalah maksum?”. Maka baginda menjawab, “ Adakah tidak patut aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?”.


syukur ya Allah..

pimpinlah hatiku ini..
agar terus menggunakan nikmat pinjamanMu ini,
di atas jalan redhaMu,
bukanlah ke arah jalan murkaMu..

pada saat waktu yg singkat ini..
pinjamkan daku sedikit lagi masa
utk ku mengisi tiap2 detik yg berlalu,
dilembaran hidup ini..
dgn sentiasa mensyukuri nikmatMu..
agar ku tak lupa dan makin jauh dariMu..
tidak mahu ku menjadi hamba yg sombong..
mengingkari nikmat dan kurnianMu

ALHAMDULILLAH..

tiap saat, detik, dan waktu yg bersisa ini..


thank to Allah..


"Adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sia-sia dengan tiada sebarang hikmah pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?”

(Al-Mu'minun: 115)

No comments: