Teman Yang Dikasihi

Sunday, May 29, 2011

Merungkai persoalan... Mencari konklusi~

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, kini ada masa utk bersama2 berkongsi persoalan dan jawapan utk semua pengunjung blog AM...

gambar hiasan


BOLEHKAN SEORANG PEREMPUAN MENJADI EMCEE / PENGACARA MAJLIS?


urm.... persoalan yg pada mulanya tidak punya jawapan yg pasti... tp kini, alhamdulillah......

baiklah, persoalan yg sama sy ajukan dalam halaqah bersama kak alis dn kakk seusrah yg lain... kk alis memberi jawapan dan kepastian yg ringkas dan mudah difaham oleh pemikiran semua...

" boleh seorag perempuan itu menjadi emcee, jika dia gunakan 'emcee' sebagai salah satu wasilah utk berdakwah... jln dakwah ni kn pelbagai? x semua org boleh terima dakwah dgn cara ceramah semata..."

kak alis tarik nafas..... kemudian menambah lagi dgn rungkain lain dan selitan ingtan utk semua...

" tariklah org utk kebaikan dgn pelbagai cara... yg penting.. kenalah jaga maruah sbg seorang islam utamanya, dan sbg muslimah khususnya..."

lega dgn jawapan yg ini..... insyAllah, rasanya sepanjang menjadi emcee... ikhtilat dijaga, imej insyAllah..... spt apa yg kk alis dah terangkan.... syarat2 dah cukup...

ha.... syarat2?? pe syarat2 nye ye? tanya sy pd seorang sahabat ikhwah, nak taw jgk pendapat dan pandangan seorang lelaki.... (atas urusan xpe..)

sahabat menerangkan secara ringkas, tetapi cukup jelas......

"untuk perempuan menjadi emcee... perlu mengikut 2 ini... pertama ada tujuan atau sebab dia menjadi emcee.... contoh, atas tugasan... dan kedua pulak, perlu ikut syarat2..."

ye... dalam hidup perlu ada syarat atau bhs mudahnya, peraturan... sambungnya lagi...

"tahu x apa antara syaratnya? urm.... bagi muslimah, maruah adalah utama... jadi.. maruah muslimah bergantung pada auratnya... jagalah aurat selengkapnya... berpakianlah seperti mana dalam keadaan solat... (ye! sy cukup faham maksudnya..... tutup aurat sesempurna mungkin la..).


tetapi, maruah bukan dlm skop aurat semata.... perlu menjaga ikhtilat.... dalam kalam Allah pun, dah cantik menerangkan ikhilat dan batasan antara perempuan dan lelaki.... andai aurat terjaga lengkap, tapi x jaga batas pergaulan.... boleh merosakkan nama islam yg di bawak.... (ye... sgt setuju tentang ini..... krn pergaulan yg x di jaga...., bergaul, berborak tanpa btas malu, itu yg timbul fitnah dari 'dajal' kecil dunia....)


dan last but not least.... emcee itu sendiri harus pandai bermain kata... bukan maksudnya kena melenggokkan suara.... sbb hadis nabi de menerangkan, seburuk2 suara adalah suara himar... tetapi harus pandai menyusun bicara, bermain madah.... gunakan bahasa yg cantik dan jelas di fahami..." ( ye, dlm psikologi sendiri, bhasa dan gaya adalah antara cara nak attract perhatian audience..)

alhamdulillah.... bertambah keyakinan dan kepastian... sebab masa di alam persekolahan, pernah di surh menjadi emcee utk beberapa majlis.. dan pernah juga dijemput mengendali majlis islamik di masjid kampung lain..... seorang cikgu biologi, juga merangkap ustaz dan imam utama kampung beliau... dgn berbesar hati menjemput sy dan rakan perempuan menjdi emcee di majlis 'kempen jommm ke masjid' 

seandai perkara ini salah.... tentu shj ustaz yg disegani tu x menjemput kami yg perempuan ini menjadi emcee... krn majlis ini pun, majlis ilmu... taman syurga dunia...

ayah sy juga seorang ustaz yg dikenali.. bukan nak cakap psl tittle 'ustaz' , tapi ayah sendiri menyuruh sy menjadi DJ di majlis walimah kakk.... sbb ayah percaya sy mampu lakukan... berdasarkan pengalaman~
di majlis walimah, ayah x buat persandingan.. majlis yg sgt ringkas.. islamik... dan mengikut syariat... jadi, ini tiada unsur maksiat. jadi boleh menjadi emcee pada majlis yg tidak kearah maksiat......

pada cuti sem, sy mengikut ceramah bicara remaja yg dianjur oleh IKRAM kuala langat.... ustaz asmadi diberi amanat utk memberi ilmu... soalan yg sama sy ajukan ps ustz.... ini jawapannya...

selepas habis utara soalan, terus ustaz menjawab "BOLEH!" dgn penuh yakin tanpa sesaat berfikir.... krn beliau puya hujah tersendiri... maklumlah.. org punya pengalaman yg luas dan pengetahuan yg banyak... merangkap pegawai agama di JAIS...perkara ini pasti mudah utk dijawab


" boleh shj utk sesorang perempuan menjadi emcee.... dakwah itu luas hidayu..." (selalu ust menyebut nama, segan jadinya) ..

" sekiranya kita ada potensi + bakat = anugerah... kenapa harus di siakan??, anugerah tu kan hak Allah... Dia beri krn Dia tahu...."

"tahu apa ustaz?" tanya sy sepontan..


" Allah Maha Mengetahui, awk boleh..... berdakwahlah dalam keadaan awk mengendali majlis... letakkan unsur islamik, tambahkan dgn dalil atau hadis sbg penguat kata... org akan pandang awk bkn krn pandai bercakap, tetapi krn hujah islam yg disampai.. moge terkesan pd si pendengar...."

berhenti, menari nafas.......


" yg penting, sebelum itu, harus memperbetulkan niat.... niatlah krn dakwah.. niatlah krn Allah... ingat, pandangan manusia tiada nilai nanti, tapi kita sbg hamba, sgt2 perlu pandangan pencipta... jika niat krn Allah, itu dah jadi ibadah.. tiada salah dalam beribadah....."

terakhir dari ustaz... " ini adalah cara penyampain dakwah yg bagus.. ustaz sgt yakin, awk dipilih krn Dia tahu awk boleh.. x semua org mampu bercakap petah di khalayak dgn yakin, berhikmah dan berilmu... dan Allah jadikan semuanya bersebab hidayu..."

alhamdulillah... sgt seronok mendengar pengisian dari ustaz asmadi.. memang 'fresh' didengar khususnya utk rakan2 remaja sebaya....bersyukur Allah pilih sy utk menghadirkan diri ke majlis ilmu sebegini.. moga usaha ini juga termasuk dlm nilain ibadah padaNya.... insyAllah...

berdasar pengalaman. pemerhatian, dan penilaian.... seorang perempuan boleh menjadi emcee... mengikut zaman semasa... perempuan boleh sama naik dgn kaum lelaki... tp naiklah dalam keadaan baik, dlm erti kata. amar makruf nahi mungkr...

kalau nak dilihat semasa zaman Rasulullah sendiri.. isteri tercintanya, Siti Aisyah.. sgt petah berkata2... beliau adalah tokoh ilmuan.. ramai para sahabat menjadikan beliau rujukan selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. beliau juga adalah seorang yg hebat berpidato... maka, perempuan boleh..... jika mengikut segala jalan dan cara yg islam aturkan.. indah sungguh islam.. segalanya punya sebab dan alasan tersendiri..

waAllahua'lam....

1 comment:

Adhwa' Mahbubah said...

moga terkesan di ati walau sedikit cuma