Teman Yang Dikasihi

Wednesday, June 8, 2011

Kepimpinan Seorang Khalifah~

Bismillahirrahmanirrahim....

teringat pada untaian hadis ini,

" setiap orang adalah pemimpin...."

ye! semua insan adalah pemimpin,setidaknya jika bukan memimpin orang lain,jadilah pemimpin diri sendiri.....

kenapa manusia di beri tanggungjawab utk mentadbir bumi ini?


'Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani; Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya (dengan sebaik-baik ciptaan yang cantik dan elok mencipta manusia) dan dimulakan kejadian manusia berasal dari tanah liat (Thin). Kemudian ia jadikan keterunan-keterunan manusia itu dari sejenis pati iaitu dari air yang hina (air mani) yang sedikit dipandang orang. Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya Roh ciptaanNya dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran serta hati (akal fikiran), supaya kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.'


(Surah As-Sajadah)


jawapannya kerana manusia adalah HEBAT


dan Allah itu Maha Mengetahui segala sesuatu yg tidak kita ketahui...


"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,"Aku hendak menjadikan khalifah di bumi".Mereka berkata. "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah (sebagai khalifah), sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?". Allah berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".
(surah Al Baqarah, ayat 30)




memimpinlah kerana kita juga ingin dipimpin...

pemimpin adalah lebih dari semua hal kepada org yg dipimpin...

maksudnya??

lebih dalam amal ibadahnya, lebih dalam urusannya, lebih dalam amanah dan jujurnya

siapa role model kepimpinan kita?

sudah tentu dan pasti... kekasih teragung sepanjang zaman..

Nabi Muhammad S.A.W

alhamdulillah......

bersyukur kerana menjadi sebahagian dari ummatnya...

moga syafaaatnya, menyelamatkan manusia akhir zaman...



waAllahua'lam..

No comments: