Teman Yang Dikasihi

Thursday, December 29, 2011

TEGURAN buat PEMIMPIN

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah ya Allah.. kau hadirkan ilham ini padaQu tika mata ini mahu lelap seketika... rehat yg sementara...  nampaknya antara tidur dan update blog... lbh berminat dan terpanggil utk update blog.. krn, teguran ini adalah utk kita semua yg bergelar hambaNya. teguran ini juga khusus diri ini...



selalu diri ini mengulang ayat ini. ya! sgt kerap. ' semua dari kita adalah pemimpin, jika tidak memimpin orang lain, setidaknya kita adalah pemimpin kpd diri sendiri. jika salah dalam memimpin, haru biru la kehidupan.'


Adakah perbezaan antara pemimpin yg punya pegangan landasan islam dan matlamatnya adalah utk perjuangkan deenn dan memartabatkan ummah menjadi sbg sebaik2 insan DENGAN pemimpin yg hanya mementingkan nama, kedudukan, dan matlamatnya hanya kejayaan dalam melaksanakan peraturan yg tertera dalam buku perundangan universiti/kolej/institusi/jabatan??

pasti antum punya jawapannya. bagi AM, punya banyak PERBEZAAN.


sedikit dari yg sedikit ingin dikongsi bersama, moga tiap bait kata ini, dapat difikir bersama, dimanakah tempat dan kedudukan kita sbg seorang pemimpin atau khalifah Allah.

renungan bersama~


sebenar-benar PEMIMPIN adalah mereka yang;

BUKAN cari kesalahan, TETAPI berusaha mencari jalan penyelesaian,

teguran BUKAN dengan rasa marah, TETAPI nasihat secara penuh hikmah,

berbicara TIDAK menengking dan biadap, TETAPI dengan kata sopan dan beradab,

matlamat BUKAN harap pada kesempurnaan semata, TETAPI berusaha menampung kekurangan bersama,

tindakan BUKAN bersifat arahan sahaja, TETAPI lebih kepada menunjuk contoh dan tauladan mulia

dalam berkhidmat bijak juga mengawal perasaan dan emosi, TIDAKLAH hanya mementingkan perasaan dan diri sendiri,

mengatur langkah organisasi penuh strategi, TIDAKLAH hanya menerjah sesuka hati,

PALING UTAMA, menjadikan Al-quran dan As-Sunnah sebagai pegangan, 
BUKAN hanya dibicarakan, TETAPI usaha untuk diamalkan, 
untuk dijadikan pakaian, dan dilestari dalam kehidupan seharian, 
moga pemimpin yang tinggi sifat kehambaan, akan dipandang hormat oleh mereka yg di bawah pimpinan, 
LEBIH UTAMA di pandang tinggi oleh Allah Rabbul Izzati yg menakluk seluruh kekuasaan.

waAllahua'lam..

nota kaki : ayuuhh bersama-sama kita, berhijrah ke daerah yg punya sempadan yg lbh mulia. ya! tidak ada yg sempurna, tetapi kita punya sedikit kudrat utk berusaha menjadi yg terbaik, kerana apa? PEMIMPIN adalah mereka yg HEBAT bukan dgn kadar biasa-biasa sahaja, tetapi jauh LUAR BIASA. tinggikan IZZAH kepimpinan anda... anda yakin? pasti boleh!

*fonts merah? untuk antum lbh rasa semangat!

1 comment:

cinta_humaira said...

suka dengan ini..syukran adik ayu atas perkongsian...