Bismillahirrahmanirrahim...
ayuuhh... mengenali perwatakan kaum hawa. yg fitrahnya adalah punya hati yg sgt lembut dan halus. mudah tersentuh. ada manual utk mengawal. ada metod utk mengubah. (^_____________*) - pesanan utk si suami/bakal/atau yg impikannya...
Perempuan bagaikan angin
Lembutnya melenakan
Ributnya menggusarkan
Adakala mereka seperti ibu
Menyaji kasih menghidang sayang
Adakala mereka seperti
anak
Ingin dibelai minta
dimanjakan
Adakala mereka seperti
nenek
Berleter seadanya,
merungut semahunya
Namun, teman kembara
dalam kehidupan yang sementara ini
Bahagia dan derita kita
sangat berkait dengan mereka
Psst..
Tiba-tiba isteri merajuk
Pandai-pandailah memujuk
Buka telinga, tajamkan
pendengaran, amati suaranya, teliti dengan hati yang terseni atau emosi?
Andainya emosi,
belailah emosi itu
Jangan cuba dihadapkan
secara rasional kerana si dia tak akan terdaya mengunyah hujah
Berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik atau dokumen saintifik berserta beberapa
affidavit
Dia tetap melulu
kerana fikiran sudah berjerebu.
Dalam situasi ini,
Fikiran telah ditawan
perasaan sebaiknya perhaluskan kata,
Perindahkan bahasa dan
jinakkan perasaan,
Hadiahkan senyuman.
Masih gagal?
Cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian,
Masih gagal juga?
Tunggu saja rajuknya
reda
Emosi isteri bagai riak-riak air dalam cawan
Jangan digoncang…buat selamba
Lambat laun, gelombang akan tenang
Air di cawan akan kita minum jua.
Tapi awas…
Kalau ternyata,
rajuknya berfakta masamnya berdata,
Geramnya berilmiah
marahnya da prima facie,
Ini rajuk taraf tinggi
namanya,
Perlu ditangani
berhati-hati, kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima
Mengaku lalu berjanji
serta berikrar, “ Sayang abang tak ulang lagi”
Katakan, “ Sayang…abang
alpa”
Bisikkan, “Darling…I lupa”
Hulurkan tangan, pinta
kemaafan pendekatan kasanova, tapi hati suci
Rajuk isteri seperti
mangga muda
Perisanya masam tetapi…
Kalau kena cicahnya,
enaknya akan terasa,
Ingat, api yang panas, dapat dipadam oleh salji
yangdingin.
Arghh…
Tiba-tiba isteri merungut
Malah kadang kala agak mengugut
Minta aksesori serta
perabot,
Minta villa tersergam
indah atau mahligai di lereng bukit
Sedangkan kita bukan
Shah Jehan yang mampu membina Taj Mahal membina buat isterinya
Tetapi, isteri pula
persis Nur Jehan yang meminta petanda keagungan cintanya.
Katanya “ Seabadi
permata…segemerlapan intan”
Sedangkan di tangan
kita cuma cincin tembaga.
Aduh…
Peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia menerusi bursa saham papan utama kasih
isteri,
Turun naik mengikut
kadaran tukaran wang asing.
Tiada guna menyesali
diri
Diakan dulu pilihan
kita?
Semasa mekarnya dia
dihargai, dipuja-puja
Dia kini sudah menjadi
ibu kepada anak-anak kita
Sudah takdir…permata
yang dipilih perlu digilap semula.
Namun
Putus asa jangan sekali
Terimalah dia dengan
redha
Justeru isteri pada
hakikatnya adalah bayang –bayang suami
Wanita adalah tulang
rusuk lelaki yang bengkok
Luruskan dengan
berhati-hati
Bertegas tetapi jangan
berkeras
Lembut tetapi jangan
reput.
Katakan RM bukan
segala-galanya
Lalu pada saat yang kudus
setelah solat bersama isteri bisikkanlah
“ Duhai
isteriku…marilah kita bina perkahwinan ini dengan cinta yang sejati,
cari harta tapi itu
bukan segala-galanya
padamu isteri, istanamu
di hati ini
padamu sayang, kalung
cintamu di jiwa ini”
Puuh…
Akan tiba masanya
‘isteri’ di hati tapi kurang di mata,
Usia meningkat
kecantikan tergugat
Dulu kita lihat mulus
kini beransur pupus
Betis, tidak lagi
bunting padi
Pipi bukan lagi pauh
dilayang
Apakah dengan itu akan
berkurang cinta kita?
Jika berkurang,
nyatalah cinta kita selama ini cinta di mata bretapak di body
Tapi jika cinta tetap
kekal malah semakin bertambah ertinya
Cinta kita di hati,
berpasak di budi, itulah cinta sejati.
Namun tidak salah di samping menyanjung budi
kita merampingkan body
Kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam
Amalkan puasa sunat
Tapi ingat niat kerana
Allah bukan kerana ingin kuruskan badan.
Tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri
yang memburu keredhaan suami
Tak salah kalau memohon
kesihatan, kecantikan dan kecergasan
Sama-samalah merampingkan
badan
Yang terlebih dikurangkan
Jangan sesekali mencemuh
apalagi menjauh
Apa guna membandingkan
isteri dengan perawan
Bukan masa lagi merenung
dara tapi kini saat menghitung dosa
Lalu ajaklah isteri sama-sama
menambah bakti
Moga-moga cinta kita
kekal kehujung usia dunia ini
Dan di akhirat nanti,
itulah yang dikatakan hidup berdua “selepas” mati pun bersama.
Uhh…
Kekadang isteri
mengamuk dengan ombak prasangka dan taufan cemburu
Apa bukti setiamu
suami?
Apakah tanda hanya aku
di hatimu?
Kekadang disergah kita
ketika masih membasah baru menjengah pintu rumah.
Ketika itu nilailah
diri,
Mungkin kita berdosa
dengan tuhan atau bersalah dengan insan,
Mungkin banyak
kezaliman dan penganiayaan yang kita lakukan.
Lalu datang teguran,
amaran dan peringatan secara “indirect” dari Tuhan,
Hadapkanlah diri ke
cermin hati
Kaji diri satu persatu,
Kalau liar, berhentilah
Kalau berdosa,
bertaubatlah.
Sebaliknya jika
ternyata isteri yang melulu,
Nasihatlah baik-baik,
Bukan senang nak senang,
Ingatlah mustika kata
dalam kitab-kitab tua
‘Suami yang bersabar
dengan isteri yang jahat akan mendapat pahala Nabi Ayub’.
Atau ingatlah pesan
Saidina Umar Al-Khattab ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri:
“Bersabarlah, kerana
sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita,
Dia yang menyelamatkan
kita daripada amukan nafsu,
Dia yang menjaga makan
minum kita,
Dia yang membantu
membersihkan rumah kita…
Lalu apa salahnya kita
bersabar dengan sedikit kerenahnya?”
Marilah kita sama-sama
tabur secubit salji pada segenggam api,
Telah banyak kita
dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan
Marilah kita suburkan
kembali pohon perkahwinan ini walaupun sudah berdekad-dekad lamanya.
Institusi ini adalh
kubu terakhir kita,
Marilah kita
pertahankan bersama si dia,
Si diaku, si diamu
Cinta kita jangan mati
dalam arus dunia siber,
Biar setia kita makin
waja.
Biarlah skrin-skrin
internet atau intranet memaparkan yang indah-indah pantulan seri rumah tangga
kita,
Bicara ini diakhiri
dengan satu coretan yang mungkin boleh diguriskan pada kad lahir isteri atau
kad ulang tahun perkahwinan atau surat biru yang ingin kau utuskan kepadanya…
Atau kaupahatkan saja
dalam hatimu pada malam nanti:
“Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati seorang isteri,
janji yang termetrai di
akad nikah kita musim yang lalu”.
Salam kuhulur buat menyapa
hatimu yang nan luhur,
Bersamalah kita harungi
derita yang datang,
Bersatulah kita harungi
derita yang datang,
Bersatulah kita tempuhi
nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan pasti
dihujani denai air mata,
Biar kita rasa; rupanya
syurga itu sangat tinggi maharnya.”
Isteri…
Tidak kutagih setia,
sesetia hawa,
Atau kerinduan menggila
Laila yang sangat mendalam.
Terimalah kehadiranku di
sudut tersuci di dalam hatimu…seorang isteri.
Sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Al-Imam Bazzar,
Nabi sallalahu alaihi
wassalam bersabda:
“Kamu sampaikan kepada
perempuan yang kamu jumpa,
bahawa taat kepada suami
dan mengakui hak-hak suami,
sama pahalanya dengan
berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran,
tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri
yang menyempurnakan hak-hak suami mereka.”
nota kaki: suami, jgn diimpi isteri yg seindah Zulaikha andai diri tidak setampan Yusof. Jgn diharap isteri seteguh Siti Khadijah, andai dirimu tidak sehebat Nabi Muhammad. terimalah seaadanya.
5 comments:
:)
:)
sebarkan bahgia.. dgn (*_________________^)
barakallah ukhti...
jzkk...
Post a Comment