Teman Yang Dikasihi

Tuesday, September 29, 2009

KASIH BELUM TERMILIKI


"Rasa derita, hampa dan kecewa itu harus kau rasai, lantaran keyakinanmu yang salah! Kerana kamu meletakkan cinta pada tangan yang salah!" jawab Shahrul.

"Cinta pada tangan yang salah?!! Salahkah aku mendamba seorang isteri yang solehah? Salahkah aku mendamba kehidupan berkeluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah? Salahkah aku mengimpikan isteri yang mendorongku menuju cinta Allah?!" Nada Syafiq sedikit tinggi. Seakan-akan dia mahu mempertahankan kebenaran impiannya dalam meraih cinta berbuah taqwa.

"Akhi..itu maksudku. Kamu menjanjikan bintang-bintang,sedangkan kamu masih belum menggapai bulan. Kamu meletakkan jodoh dan impianmu pada tangan si dia. Syafiq..kamu tahu kan, jodoh dan keberhasilan impianmu itu sebenarnya di tangan Allah?" ujar Shahrul,lembut.

Syafiq terasa dirinya bagaikan disambar kilat. Syafiq kelu. Suasana khali seketika. Perlahan, air mata mula merembes keluar.

"Cinta itu kamu letak pada tangan yang salah, lantas jatuh..pecah berkecai. Wajar untuk kau bersedih kerana cintamu pecah berkeping-keping. Namun kau harus cepat sedar akan hikmahnya,ya Akhi. Allah menyayangimu."

Syafiq mengalirkan air mata tanpa sedar. Dia menangis. Dia tersedar dari kelalaiannya. Kelalaian dalam merencana tunjang cintanya. Cinta Ilahi yang hakiki.

"Alhamdulillah,Allah menyayangiku.." kata Syafiq dengan sayu.

"Kamu berada di jalan-Nya, ya Akhi. Ujian untukmu dalam lebih mengenali-Nya." Shahrul memegang bahu Syafiq. Digosoknya perlahan.

"Syukran ya Akhi. Sahabat dunia akhirat ku." Syafiq mengesat air matanya. Direnung sahabatnya Shahrul. Syafiq senyum.

"Sudah..jom kita keluar makan. Kamu belanja..hihi" tawa Shahrul,tawa yang menyenangkan.

*******************************************************************

khas buat sahabat2 perjuangan, yakin dan percayalah, jdoh itu sudah ditetapkan Yang Maha Kuasa. Matlamat dan impian kita harus bertunjangkan rasa taqwa kepada Allah.

Matlamat tak menghalalkan cara.

bukankan di setiap rongga rasa
tersembunyi intaian syaitan
untuk merOsak kesucian niat?


Taqwa akan Allah itulah kebahagiaan..

No comments: