Teman Yang Dikasihi

Monday, December 5, 2011

CintaQu kini...Oh! bahagia..

Bismillahirrahmannirrahim...

Alhamdulillah ya Allah, hingga kini masih aku, Kau beri pinjaman nafas ini... mampu untuk ku meneruskan gerak  dakwah utk agamaMu ini, insyAllah... moga Allah redha...

CINTA..... diriku masih belum dipunya sesiapa selain Allah, deen, ibu dan ayahku.... bagaimana utk ku khabarkan tentang cinta di hati ini? ya Allah... berat sungguh erti 'cinta' ini..... yg pasti kini, cintaku milikMu...sygku milik ibu dan ayah... ayuh sahabat, kita fahami bersama kata-kata ini... moga ada manfaat bersama... insyAllah.. ^^"

suatu ketika, aku terbaca dalam sebuah majalah :

" ketika Allah menciptakan seorang ibu, Dia mengadunkannnya dengan bahan yg istimewa dan tahan lama. mata ibu haruslah mempunyai kuasa yg bukan sahaja mampu melihat yg luaran, malah lebih jauh mampu menafsir dan membaca apa yg disembunyikan oleh anak yg tersayangnya. 

telinga ibu haruslah mempunyai dimensi yg sgt kuat, yg dicipta daripada bahan yg tidak mudah terhakis. telinga haruslah kebal tatkala menahan kata-kata yg pedih yg dikeluarkan oleh anak2nya. 

bahu ibu pula dibina daripada bahan yg tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut, agar dapat menjadi tempat anak2nya bersandar dan bergantung harap.

tangan ibu juga dibina dgn bahan yg cukup kukuh, agar kuat utk menampung beban ketika bersusah payah bekerja utk anak2nya bagi memenuhi keperluan seharian yg tersayang. 

di kelopak mata si ibu, Allah menyediakan satu ruang kecil utk menyimpan air matanya. air mata itu adalah miliknya. dan dia boleh mengalirkan pada bila masa yg ibu sukai sambil mengadu pd Allah. air mata ketika menahan derita dan sakit ketika melayan kerenah anak2, atau tangisan kegembiraan atas kejayaan anak tersayang..."



"ya Allah, berikan daku waktu yg cukup utk berbakti pd ibu dan ayahku..byk waktu...supaya byk perkara bisa ku korbankan utk melihat kebahgiaan mereka ya Ilahi..." - AM

2 comments:

Hafzan Muslim said...

Kena pergi "Honeymoon" dengan ibubapa nanti. =)

Adhwa' Mahbubah said...

honeymonn dgn ibu ayh da selalju sgt..... sentiasa!