Teman Yang Dikasihi

Sunday, December 13, 2009

Hadiah Solat Malam

Bismillahirrahmanirrahim..

Suatu ketika, seorang pencuri memasuki rumah Ahmad al-Khazruya. Ia menggeledah  barang-barang yg dimiliki Ahmad, tetapi tidak menjumpai barang-barang yg berharga. Ia hampir pergi kerana kecewa, tetapi kemudian Ahmad memanggilnya,

"Anak muda, ambillah  baldi itu dan ambillah air dari perigi lalu bersihkan dirimu dan solatlah. Bila aku mendapatkan sesuatu maka akan ku berikan kepadamu sehingga engkau tak akan meninggalkan rumahku ini tanpa hasil",

Anak muda itu menuruti perintah Ahmad. Ketika pagi tiba, ada seorang lelaki membawa wang seratus dinar dan memberikannya kpd Ahmad. "Ambillah wang ini sebagai hadiah solat malammu", kata Ahmad kpd pemuda yg mahu mencuri itu. Pemuda tersebut lansung gementar tubuhnya, dan menitiskan air matanya.

"Aku telah menempuh jalan yg salah", ucap anak muda itu. Aku beribadah kpd Alah hanya satu malam, tetapi Dia memberi anugerah kepadaku sebanyak ini",

Seterusnya, ia bertaubat, kembali ke jalan Allah. Lebih dari itu, ia menolak utk mengambil wang itu, dan akhirnya menjadi seorang murid Ahmad al-Khazruya...


Hidayah itu milik Allah... Allah berhak memberi hidayah atau petunjuk kpd sesiapa sahaja yg di kehendakinya dalam pelbagai cara sekalipun.. begitulah hebat dan agungnya kekuasanNya... berdoalah moga kita tergolong dalam golongan yg sentiasa mendapat petunjuk daripadaNya... amin....

No comments: