Teman Yang Dikasihi

Friday, December 4, 2009

Hanya Tuhan Yg Tahu






Duhai kekasihku...
ketahuilah diri ini mencintaimu..mengasihimu..
Entah bila..
Bukan bermula dgn mata,bukan bermula dgn kata..
Tapi segalanya tika mulaku percaya..
Jodoh di tanganNya...,
Maka saat itu kau wujud di duniaku..,
Dunia impianku..,




Duhai rinduku..,
Setiap kali air mataku krn cinta..
Atau kala ku mencemburui pasangan yg sedang bercinta..
Kau hadir,
Kau berbisik..."duhai bakal isteriku..pertemuan masih bukan milik kita"
Saat itu aku tersenyum gembira..
Terubat luka..
Kukuh di jiwaku..kau jodohku..


Sayang..
Tidak ku impikanmu kekacakan....
Keranaku bkn rupawan...
Dan bkn ku pinta hartawan...
Cukup dgn harga dirimu..
Dan maruah agama yg kau bentangi ia..


Duhai bakal suamiku...
Jika kau impikan ku bidadari.... lupakanlah
Jika kau impikan ku semulia Khadijah.....
Sehebat Aisyah... Sesuci Fatimah...
Maafkan daku...
Aku cacat segalanya...
Anggota, amalan, dan akhlak...
Cuma satu hadiahku untukmu...
Iaitu sekeping hati ini..
Minta kau isi dgn cinta Ilahi...


 Cintaku..
Kerana cemburumu..aku jadi pingitan...
Kerana cintamu..aku selalu terbang dlm khayalan..
Pelikkah cinta kita??
Rasa hati ini sedang bercanda..entah dgn siapa..
Maafkan daku krn ku ukirkan kata-kata ini di sini..
Kerana ku tahu...semua insan tahu..
Cinta tidak semestinya bermula dgn pandangan...
Tak mesti mesra dgn bualan....



Luahan rasa ini.., ikhlas saya tujukan buat insan adam yg bertakhta di hati.., moga Allah memberkati ukhwah kita.....

No comments: