Teman Yang Dikasihi

Friday, December 18, 2009

Kanvas Cinta

Kanvas cintaku..



kanvas cintaku terlakar seribu cerita..tercoret berjuta rasa..tertulis pelbagai suka dan duka.. bertahun ku jejakkan kaki di bumi Tuhan..kanvas cintaku bertemakan pelbagai warna warni kehidupan..terang…teman dan mendamaikan..gelap, kedap dan merungsingkan…


Teringin benar melihat pelangi muncul lagi..Pelangi yang takkan pernah hilang..Yang sentiasa menemani perjuangan..yang sentiasa mewarnai kanvas hati walau tiada di sisi..Bukan pelangi yang hanya menyapa dan berlalu pergi..yang sabar menungguku untuk kesekalian kali..aku ingin bertemuMU dengan pelangi yang berbudi..segak langkah nya..kuat semangat juangnya..tegas perwatakannya..jihad fi sabilillah adalah noktahnya…Sebagaimana telah Engkau catatkan bahawa ini bukan masa nya..aku redha walau perlu menunggu lebih lama..pelangiku tiada galang ganti, xperlu sentiasa ada, xperlu ada rindu nya,cukup sekadar memandang dari jauh menyokong perjuangan , menadah tangan mendoakan kesejahteraan…


kanvas cintaku ingin ku hias dengan warna pelangi berwarna terang..kerana ku merasakan ia mendamaikan dan menenangkan fikiran…Tiba pada suatu detik, kanvas cintaku kosong tidak tercorak, pudar warna , hilang hias nya..semakin hari semakin menjauhi, dan akhirnya nanti akan pudar meninggalkan kanvas hati..
kosong lagi..

Tuhan..bukakan hijab cintaku seluas-luasnya..agar kanvas cintaku tercoret lagi dengan warna pelangi yang mendamaikan hati
Pelangi pasti muncul lagi :)

No comments: