Teman Yang Dikasihi

Tuesday, December 15, 2009

Tujuh Perkara Ganjil

Bismillahirrahmanirrahim..


Terdapat seorang pemuda yg kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan utk di jual. Pada suatu hari pemuda tersebut berjumpa dgn seorang ahli ibadah utk menyatakan kekesalannya dan keinginan utk bertaubat kpd Allah s.w.t. Dia berkata, "sepanjang aku menggali kubur utk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yg menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa ingin bertaubat dan insaf atas perbuatan yg sgt keji itu dan ingin sekali bertaubat".

"Yang pertama, aku lihat mayat yg pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku melihat wajahnya telah pun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu..

"Wahai anak muda, mereka itulah golongan yg telah mensyirikkan Allah s.w.t sewaktu hidupnya. Lantaran Allah menghinakan mereka dgn memalingkan muka dan wajah mereka dari kiblat, bagi membezakan mereka drpd golongan muslim yg lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yg kedua, aku lihat wajah mereka sgt elok semasa dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telah pun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

 Jawab ahli ibadah etrsebut, "wahai anak muda, mereka itulah golongan yg meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yg pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yg lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yg ketiga yg aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yg terlalu byk drpd perutnya itu".

"Mereka itulah golongan yg gemar memakan harta yg haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

"Golongan keempat, ku lihat mayat yg jasadnya bertukar menjadi batu bulat yg hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yg derhaka kpd kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t sama sekali tidak redha kpd manusia yg menderhakai ibu bapanya".

"Ku lihat ada pula mayat yg kukunya amat panjang, hinga membelit-belit seluru tuuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu

"Anak muda, mereka itulah golongan yg gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih drpd 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "bahawa sesiapa yg tidak bertegur sapa lebih 3 hari bukanlah termasuk dlm golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

"Wahai guru, golongan yg keenam yg aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayatnya terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yg berbau busuk,"

"Wahai anak muda, itulah golongan yg memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah.

"Wahai guru, golongan yg terakhir yg aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yg berilmu. Dan mereka beramal pula dgn ilmunya sewaktu hayatnya. Inilah golongan yg beroleh keredhaan dan kemulian di sisi Allah s.w.t baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya".

Ingatlah, sesungguuhnya daripada Allah kita datang dan kepadaNya jualah kita kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas dasar setiap amal yg kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.





No comments: