Teman Yang Dikasihi

Sunday, December 13, 2009

Kisah Lucu

Bismillahirrahmanirrahim..


BULAN MADU

 Setelah selesai majlis upacara akad nikah, Juha pun terus membawa isterinya pulang ke rumah tanpa apa-apa persiapan. Bilamana mereka masuk ke dalam rumah, isterinya terus menjerit kerana terperanjat seraya berkata: "oh Juha! mengapa rumah kita ini penuh dengan lalat dan lebah?", Jawab Juha tenang: "wahai isteriku yang tercinta! kamu lupakah bukankah kita sekarang ini sedang berbulan madu!"


KALAU UNTA ADA SAYAP

Pada suatu hari, Juha telah berdiri di dalam masjid setelah selesai sembahyang berjemaah. Tujuannya untuk memberi sedikit nasihat kepada para jemaah. katanya:

"wahai sekalian umat islam yg hadir! marilah sama-sama kita bersyukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yg telah menjadikan unta tanpa sayap, sebab kalaulah si unta ada sayap maka sudah pasti dia boleh terbang, dan hinggap di atas bumbung rumah-rumah kita dan dgn itu bumbung rumah kita semuanya akan serta merta runtuh, akibatnya semua kepala-kepala kita akan luka di timpa ketulan batu-bata"


MAKAN MALAM

Sesungguhnya Juha dan isterinya sudah lama tidak makan malam kerana terlalu jimat dan juga kerana terlalu kedekut. Hinggakan dgn itu dia telah mengukir pada cincin yg dipakainya, "sesungguhnya makan malam itu adalah sungguh jijik sekali!".

No comments: